Wednesday, August 14, 2013

Tips Cegah Penyakit



Apabila menginjak usia 30 tahun ke atas, tubuh badan masih di tahap aktif dan produktif. Namun jika pola hidup dan pemakanan sejak di usia muda sehingga ke tahap usia 30 tahun adalah tidak sihat, anda mungkin akan mengundang pelbagai penyakit berbahaya seperti penyakit jantung.

Jadi, sebelum anda menyesal di kemudian hari, sebaiknya sejak dari awal amalkan gaya hidup sihat serta pemakanan yang baik. Pun begitu, masih belum terlambat untuk anda mula mengubah gaya hidup yang sihat.

Mencegah adalah lebih baik dari mengubati. Ikut tip yang boleh anda jadikan panduan bagi menjaga kesihatan anda.

Berusaha untuk mengurangi ketegangan dalam pelbagai aspek, baik di tempat kerja mahupun di dalam rumah. Semakin anda relaks, semakin mudah tubuh anda mengatasi kadar tekanan. Berdasarkan kajian, senaman merupakan antara salah satu cara yang mampu membantu mengurangkan perasaan tidak selesa yang dialami, terutamanya stres. Jadi, jangan tunggu lagi. Marilah melakukan senaman!

  • Bersenam secara teratur bukan sahaja membuatkan tubuh anda menjadi cergas, sihat dan bermaya, terutama kepada anda yang berada di lingkungan usia 30 tahun ke atas. Tidak perlu intensiti senaman yang berlebihan. Cukup sekadar 15 hingga 30 minit sesi senaman setiap hari untuk kesihatan jantung anda.
  • Cuba hindari makanan yang tidak sihat seperti makanan yang tinggi kalori. Makanan sebegini boleh meningkatkan kadar kolesterol dalam tubuh, seterusnya menjadi penyebab sakit jantung dan penyakit lain.
  • Tidur kurang daripada 5 jam setiap hari boleh mengakibatkan risiko strok atau serangan jantung. Sebaiknya, pastikan anda dapatkan tidur nyenyak yang mencukupi dan kekalkan waktu tidur yang tetap setiap hari.
  • Sarapan amat penting untuk memulakan hari anda. Jangan sesekali abaikan atau melewatkan sarapan anda. Sarapan yang sihat akan memberikan kebaikan tubuh untuk kekal aktif sehingga tiba waktu makan tengahari. Perkayakan sarapan anda dengan pengambilan vitamin dan juga mineral yang boleh didapati di dalam buah-buahan dan sayur-sayuran.
  • Paling penting, batasi pengambilan gula dan garam seharian anda. Makan makanan yang manis boleh meningkatkan kolesterol serta kadar trigliserida manakala makanan yang mempunyai kandungan tinggi garam pula boleh menyebabkan tekanan darah tinggi pula.
  • Amalkan pengambilan Susu Skim Stolle segelas setiap hari bagi kebaikan sistem imun serta mencegah penyakit-penyakit berbahaya seperti sakit jantung, darah tinggi, kencing manis, gout, strok, masalah buah pinggang dan lain-lain. Susu Skim Stolle mengandungi 26 antibodi tertentu bagi melawan pelbagai penyakit dalam badan.


Cubalah Susu Skim Stolle hari ini bagi kebaikan sistem imun anda!
Hubungi kami di 03-61426618/ 010-2866398





No comments:

Post a Comment