Friday, August 2, 2013

RESDUNG & SISTEM IMUN

Sekarang ini, ramai yang menghidap penyakit resdung yang berlaku tidak kira umur atau jantina. Semuanya tidak lari dari penyakit resudng atau dipanggil sinusitis. Jom kita kenali penyakit resdung ini.

Apa itu resdung @ sinusitis?
Resdung sebenarnya adalah sebuah ‘pintu’ kepada kemasukan kuman-kuman lain yang ada. Makna: pada mulanya Resdung ni hanyalah hama yang dikaitkan dengan gejala bersin, gatal dan batuk ringan. Bila hal kesihatan diabaikan, lama-kelamaan ia akan merebak. Segala batuk, gatal dan bersin bertukar menjadi berat. Kulit pula akan ketara nampak bermasalah (seperti jerawat nanah, merah dan bisul.) Dan bila kuman resdung ni dah banyak, maka ia akan membuat sarang berupa lendir yang melekat di bawah permukaan kulit. Lendir ini berupa saluran sambungan yang mengalir cecair busuk di dalamnya (tu pasal bila picit muka, keluar benda putih kecik). Ini adalah tapak resdung. Kulit yang sudah dihinggapi akan mudah berjerawat. Seterusnya, pertahanan badan (antibodi) menjadi lemah dan kuman-kuman lain dapat ceroboh masuk. Dan bila banyak kuman masuk dan bercantum antara satu sama lain, maka boleh mewujudkan penyakit lain yang lebih berat. Merujuk pada gambarajah di bawah, ini adalah hasil kerosakan yang boleh berlaku akibat dari pengabaian yang ‘total’ (tidak mengambil berat soal penjagaan kesihatan ataupun mengamalkan cara yang SALAH.) Jadi, berhati-hatilah. Amalkan gaya hidup sihat.
Pantang Larang Bagi Orang Menghidap Penyakit Resdung
  1. Elakkan daripada memelihara binatang berbulu kat dalam rumah seperti kucing dan arnab.
  2. Jangan menggunakan sarung bantal, cadar dan selimut yang diperbuat daripada bulu binatang.
  3. Ringankan tangan anda untuk membersihkan karpet/permaidani. Kalau perlu, gunakan penyedut hampagas (vacuum cleaner) yang berkualiti tinggi.
  4. Kalau anda nak mengemas rumah, pakailah penutup hidung.
  5. Minum air suam/mineral dengan kadar yang banyak. Bagus juga kalau anda amalkan minum sup panas.
  6. Selalulah mencuci dan menjaga kebersihan muka anda.
  7. Kalau anda ada alahan terhadap jenis makanan tertentu (contohnya makanan laut), janganlah makan makanan tu.

Gejala Resdung (Sinusitis)

• Hidung selalu tersumbat
• Lendir dari hidung dan tekak
• Sakit atau rasa berat muka terutama kawasan diantara mata
• Sakit tekak yang berpanjangan dan berulang
• Demam atau rasa tidak sedap badan yang berpanjangan
• Gejala alahan hidung seperti bersin,gatal hidung dan sebagainya 

Kemudaratan Resdung

• Jangkitan nanah dikawasan sekeliling mata
• Jangkitan otak
• Sakit tekak yang kronik
• Jangkitan tulang muka
• Menerukkan keadaan lelah
• Berdengkur secara kronik
• Menyebabkan jangkitan telinga dan tonsil
• Alahan hidung
• Selsema biasa yang melarat

Punca Bakteria Membiak

Punca utama yang menyebabkan bakteria membiak apabila pintu-pintu rongga sinus tersumbat. Ia tersumbat apabila berlakunya:

a. Radangan pada hidung.

Faktor-faktor yang menyebabkan radang hidung ialah apabila berlakunya:

* Jangkitan kuman dan alergi (alahan).

Sekiranya keadaan ini berlaku dinding hidung membengkak. Apabila lapisan ini membengkak ia akan menutup pintu sinus.

b. Ketumbuhan atau polip pada hidung di mana tumor ini menutup pintu rongga sinus (ostia) seperti ketumbuhan malignant (kanser di hidung)

Apabila ostia tertutup cecair daripada rongga sinus tidak dapat keluar dan bertakung.Apabila berlakunya takungan ini, bakteria akan membiak yang menyebabkan terjadinya resdung.

c. Jangkitan pada gigi geraham atas

Akar umbi gigi geraham atas berada di sinus maxilla. Apabila seseorang mengalami sakit gigi, ia akan menjangkiti akar gigi dan keluar ke sinus. Keadaan ini berlaku sekiranya gigi yang berpenyakit tidak dapat dikeluarkan sepenuhnya oleh doktor gigi. Ada kalanya dalam proses mencabut gigi, akarnya terpatah dan tertinggal.

d. Genetik

Resdung bukanlah penyakit genetik, tetapi alahan yang diwarisi yang menyebabkan sinusitis itu merupakan genetik.
Individu Berisiko
  • Mereka yang alah kepada habuk dan makanan yang menyebabkan hidung mereka tersumbat
  • Mereka yang mempunyai ketumbuhan dalam hidung
  • Mereka yang mempunyai kelainan (abnormality) dalam hidung seperti septum dinding pemisah hidung yang bengkok
  • Turbinate dinding tepi hidung terdiri daripada tiga turbinate iaitu tulang-tulang dinding yang mempunyai para. Mereka yang mempunyai turbinate yang besar, berisiko untuk mendapat resdung kerana ia menyumbat sinus. 

Komplikasi

Resdung yang tidak dirawat dengan sempurna boleh mengakibatkan komplikasi serius kepada kanak-kanak dan orang dewasa.


* Kanak-kanak

Resdung di kalangan kanak-kanak menyebabkan ia merebak ke dalam mata, mengakibatkan jangkitan sellulitis dan nanah (abses) mata. Sekiranya ia dibiarkan, ia boleh menyebabkan mata menjadi buta.Punca yang menyebabkan kanak-kanak berisiko menjadi buta kerana dinding pemisah ethmoid dengan mata sangat tipis di mana sinus frontal mereka masih belum terbentuk.Sehubungan itu nanah akan dikeluarkan dari rongga mata.

Pada tahap kritikal doktor akan membuat satu laluan supaya cecair dari sinus ethmoid dapat dikeluarkan dari hidung dan ia tidak bertakung lagi.


* Dewasa

Bagi orang dewasa, nanah dari sinus frontal tidak dapat keluar dari hidung dan akan masuk memenuhi ruang dalam otak. Dinding pemisah ini menjadi semakin tebal dan sinus frontal telah terbentuk dengan sempurna.Bagaimanapun, keadaan ini mengakibatkan ostia mudah tersumbat. Bahagian sinus maxilla merupakan kawasan yang sering dijangkiti resdung, tetapi komplikasinya amat jarang berlaku.Ini kerana nanah tidak boleh menembusi dinding maxilla yang tebal. Namun, sekiranya nanah merebak ke dalam otak, pesakit perlu menjalani pembedahan sinus frontal dan pembedahan neurosurgery. Bagi kes-kes seumpama ini, kadar kematian meningkat hingga 40 peratus.


Susu Tepung Skim Stolle boleh membantu mengurangkan dan merawat penyakit resdung kerana ia mengandungi 26 jenis antibodi tertentu bagi melawan bakteria-bakteria dan virus penyebab alahan atau resdung.
Faktor pengaktifan makrofaj yang terdapat di dalam susu ini juga boleh mengaktifkan sel makrofaj tubuh kita. Sel makrofaj memainkan peranan yang penting dalam menyingkirkan toksin dan bahan-bahan berbahaya di dalam badan yang menyebabkan lendiran (resdung). Ia berfungsi untuk menentang penyakit, memusnahkan dan menelan unsur-unsur berbahaya di dalam badan kita. Ia terutamanya dapat mengkumuhkan toksin yang terdapat di dalam paru-paru.
Ramai pengguna susu kami berasa lebih lega dan berpuas hati dengan produk kami kerana tiada lagi masalah berkaitan dengan resdung. Resdung berpunca daripada sistem imun/ ketahanan badan yang sangat rendah akibat serangan bakteria dan virus. Jadi, Susu Tepung Skim Stolle dapat menyelaraskan sistem imun badan anda terutamanya kepada mereka yang mempunyai daya ketahanan badan yang lemah.

Cubalah Susu Skim Stolle hari ini bagi kebaikan sistem imun anda!
Hubungi kami di 03-61426618/ 010-2866398

No comments:

Post a Comment