Thursday, August 1, 2013

"Saya Mudah Jatuh Sakit!"




Ramai orang tidak lagi berasa khuatir jika mereka jatuh sakit kerana terdapat banyak ubat-ubatan yang boleh dan mudah didapati pada masa kini. Tidak kiralah ubat-ubatan yang dibeli dari farmasi ataupun klinik-klinik. Walau bagaimanapun, pengambilan ubat secara kerap boleh mendatangkan kemudaratan kepada organ-organ dalaman kita. Tambahan pula ubat hanyalah dapat mengawal penyakit tersebut, bukan merawatnya. Oleh itu, mencegah adalah lebih baik daripada mengubati.





Selain memerlukan perbelanjaan yang tinggi untuk membiayai ubat dan konsultasi daripada doktor, terlalu sering bergantung kepada ubat-ubatan juga akan menyebabkan virus atau bakteria dalam badan menjadi lali atau kebal dengan kesan ubat-ubatan tersebut.

Daripada kita terlalu bergantung kepada ubat-ubatan, adalah lebih wajar sekiranya kita bermula dengan pengurusan sistem imun sendiri. Melalui cara ini, barulah penyakit dapat dicegah dengan sepenuhnya. 

Oleh itu, nikmatilah segelas Susu Tepung Skim Stolle setiap hari bagi kebaikan sistem imun anda. Susu Tepung Skim Stolle berasal dari negara yang paling bersih iaitu New Zealand. Kesemua ladang pengeluaran Susu Tepung Skim Stolle hendaklah melalui dua pemeriksaan ketat yang dijalankan oleh pegawai kawalan kualiti New Zealand setiap tahun. Ini adalah bertujuan untuk memastikan proses penghasilan Susu Tepung Skim Stolle adalah selaras dengan piawaian yang ditetapkan.

Susu Tepung Skim Stolle berupaya untuk mencegah penyakit dengan menguatkan ketahanan badan terhadap bakteria yang boleh menyebabkan penyakit. Produk susu yang mengandungi antibodi berpotensi di dalam mencegah penyakit kerana berupaya di dalam meneutral dan menghapuskan patogen tertentu yang menyebabkan penyakit. Kandungan antibodi di dalam Susu Tepung Skim Stolle jauh lebih tinggi berbanding kandungan antibodi di dalam produk susu yang diperolehi daripada lembu yang tidak menjalani kaedah imunisasi. Antibodi-antibodi ini berupaya di dalam melawan penyakit; oleh itu, lebih banyak bilangan antibodinya, lebih bagus kesannya ke atas pengguna.

Pada tahun 1958, Ralph Stolle merupakan seorang ahli perniagaan dan pemilik kepada Ladang SanMarGale di Lebanon, Ohio. Beliau telah menanamkan minatnya kepada konsep susu imun. Susu Stolle telah dihasilkan dengan memberikan lembu sejenis vaksin yang khusus yang mengandungi campuran bakteria yang telah dimatikan dengan kaedah pemanasan yang diperolehi daripada pemilihan patogen dari badan manusia agar antibodi yang diketahui jenis dan kekuatan/kuasanya dihasil dan dirembeskan ke dalam susu. Ralph Stolle telah bertahun-tahun merahsiakan formula vaksin polivalen 26 dalam 1, tetapi akhirnya Susu Stolle telah mendapat pengiktirafan hak paten ke atas komposisi vaksin polivalen 26 dalam 1 dan teknik yang digunakan semasa imunisasi. Rumusan imunisasi mengandungi 26 jenis patogen bakteria yang telah mati.

Teknik Pembuatan Produk yang Berkualiti Tinggi

Vaksin polivalen 26 dalam 1 telah digunakan untuk merangsang lembu menghasilkan antibodi khusus di dalam susunya. Setiap vaksin yang akan digunakan perlu diuji secara rapi agar tidak tercemar dari bakteria luar. Kemudian, vaksin akan disuntik ke atas lembu dengan menggunakan teknik hiperimunisasi. Susu yang diperah daripada lembu yang telah divaksinkan diproses secara berasingan bagi setiap langkah penghasilan dan diproses di dalam keadaan yang bersuhu rendah agar kandungan antibodi tidak terjejas. Setiap produk yang terhasil perlu melalui kawalan ujian yang ketat bagi memastikannya memenuhi kehendak spesifikasi. Susu Stolle diasing dan diproses secara berasingan daripada produk susu lain di New Zealand.

Jaminan Keselamatan Penggunaan Susu Tepung Skim Stolle

Kajian klinikal sejak beberapa dekad yang lalu menunjukkan bahawa pengambilan Susu Tepung Skim Stolle untuk jangka masa yang panjang adalah selamat dan tidak membawa kesan sampingan. Di samping itu, Kaji Selidik Ohio memainkan peranan yang amat penting dalam sejarah perkembangan Susu Tepung Skim Stolle. Kaji selidik Ohio merupakan satu tinjauan yang bermula pada tahun 1960 sehingga tahun 1996. Encik Ralph Stolle menawarkan SusuTepung Skim Stolle kepada lebih daripada 8,000 pengguna di Ohio. Maklumat mengenai perubahan dan kesan positif yang dirasai selepas mengambil Susu Stolle dicatat. Kaji selidik selama 36 tahun ini menunjukkan bahawa melalui pengambilan Susu Tepung Skim Stolle secara teratur  dapat meningkatkan kadar pemulihan kesihatan sebanyak 73.3%. Ini mengesahkan bahawa pengambilan Susu Tepung Skim Stolle untuk jangka masa panjang memberi kesan yang ketara dalam membaikpulih kesihatan dan selamat digunakan tanpa kesan sampingan.



Selain itu, beberapa langkah penjagaan juga perlu dititk beratkan bagi mengoptimumkan kesihatan anda iaitu:

1) Pilih diet yang tepat dan seimbang
2) Tidur yang mencukupi
3) Senaman yang teratur
4) Detoksifikasi
5) Menangani stress
6) Hubungan sosial
7) Melakukan pekerjaan dengan sepenuh hati


Cubalah Susu Skim Stolle hari ini bagi kebaikan sistem imun anda!
Hubungi kami di 03-61426618/ 010-2866398

No comments:

Post a Comment