Thursday, August 15, 2013

Kekal Anggun & Sihat Ketika Hamil

Ketika hamil, wanita mengalami begitu banyak perubahan. Selain hormon, bentuk fizikal dan emosi golongan ini juga berubah. Bentuk badan semakin berisi, kulit menjadi sensitif, dan mereka mengalami alahan atau mabuk. Ini antara dugaan yang dialami kaum Hawa ketika mengandung. Lantaran, tidak hairanlah wanita yang sebelum ini terkenal dengan gaya glamor dan vogue tampak kurang berketerampilan dan pucat ketika hamil.

Tiada lagi bibir yang merah menggoda, mata bersinar dan penampilan menawan. Sebaliknya, kebanyakan wanita kelihatan pucat, lemah dan kusam ketika hamil. Alasan mereka ialah pembawakan bayi.

Sebenarnya itu persepsi lapuk yang seharusnya ditinggalkan oleh wanita. Bak kata pepatah Inggeris, anda adalah apa yang anda fikirkan (you are what you think). Kuasa minda mempengaruhi tindakan dan perbuatan kita.

Lantaran itu, sebaik sahaja disahkan hamil, anda mestilah melatih dan merangsang minda berfikiran positif. Sematkan di dalam minda, walaupu hamil anda tetap wanita yang anggun dan menawan.


Selain itu, anda boleh mempraktikkan beberapa tip berikut. Percayalah, jika anda yakin dan berdisiplin, aura positif akan menyerlahkan kecantikan dan kredibiliti anda. Malah, jangan terkejut jika ada yang memuji anda lebih cantik ketika hamil!




BANYAKKAN MINUM AIR PUTIH

Elakkan minuman manis kerana ketika hamil anda berisiko mengalami masalah diabetes terutama bagi golongan yang mempunyai genetik penyakit tersebut. Sebaliknya, amalkan minum air putih 8 hingga 10 gelas sehari. Ia akan membuatkan kulit anda lembap dan bersinar.

KALSIUM MENCUKUPI

Bayi memerlukan kalsium yang mencukupi untuk tumbesarannya. Lantaran, anda mesti minum susu setiap hari. Bagi yang tidak gemar minum susu, anda boleh menggantikannya dengan pil kalsium hanya dengan nasihat doktor. Walau bagaimanapun digalakkan mendapatkan kalsium daripada sumber makanan asli seperti susu, kekacang, brokoli, kobis, bayam, kailan, tofu dan lain-lain lagi.

Cadangan Pengambilan Nutrien bagi kalsium untuk wanita mengandung ialah 1,000 mg sehari. Segelas Susu Skim Stolle memberikan anda 405 mg kalsium dan pengambilan sebanyak 2 gelas sehari, ditambah dengan pengambilan kalsium daripada sayur-sayuran adalah mencukupi bagi keperluan anda seharian!

AMBIL MAKANAN BERKHASIAT

Anda dan bayi memerlukan kesemua nutrien untuk sihat. Amalkan diet yang seimbang, pastikan tubuh mendapat khasiat yang mencukupi seperti vitamin, protein dan karbohidrat. Untuk mengelakkan rasa loya, jangan amalkan memakan asam atau jeruk sebaliknya gantikan dengan buah-buahan segar seperti limau dan belimbing.



SUPLEMEN KHAS

Ikut nasihat doktor dengan mengambil suplemen khas untuk ibu hamil sepeti asid folik. Manakala untuk ibu yang mengalami masalah anemia atau kurang darah, bolehlah mengambil pil zat besi/ iron.

SENAMAN/ RIADAH

Hamil bukan alasan untuk anda bermalasan, sebaliknya anda disarankan mengamalkan gaya hidup yang aktif. Pilih senaman yang sesuai dengan ibu hamil. Dalam masa yang sama, lakukan kerja rumah yang termampu. Bagi ibu hamil yang mengalami masalah seperti plasenta previa dapatkan nasihat doktor sebelum bersenam dan beriadah kerana aktiviti berat akan mengundang risiko seperti pendarahan. Bagi ibu-ibu yang biasa melakukan senaman sebelum mengandung, bersenam ketika mengandung tidak akan menyebabkan kemudaratan. 



SOLEKAN NIPIS

Usah biarkan wajah pucat seperti mayat, tidak perlu bersolek tebal cukup sekadar solekan nipis yang menyerlahkan kecantikan semula jadi anda. Anda masih boleh tampil berseri dengan sedikit sentuhan pemerah pipi dan pemakaian gincu bibir.

PERAWATAN WAJAH

Agar wajah tampil segar, anda boleh terus melakukan perawatan wajah di spa. Namun, jangan sesekali melakukan perawatan wajah menggunakan mesin kerana ia dikhuatiri memberi kesan sampingan kepada kesihatan anda dan bayi. Sebaiknya, pastikan produk yang digunakan adalah organik atau semula jadi!

URUTAN MELEGAKAN SAKIT BADAN

Tidak dinafikan, ketika hamil badan terasa lesu dan letih. Malah ramai ibu hamil yang mengadu badan mereka sering berasa sakit dan lemau. Tidak salah untuk anda melakukan urutan khas ibu hamil. Namun pastikan tukang urut profesional dan urutan dilakukan secara sederhana. Urutan akan membuatkan tubuh dan minda anda relaks serta tenang.

REHAT YANG CUKUP

Pastikan tubuh mendapat rehat dan tidur yang cukup agar anda bertenaga untuk memulakan hari esok. Jangan sesekali memaksa diri jika anda berasa penat atau tidak mampu melakukannya. Beri ruang untuk diri anda berehat dan laksanakan tugasan secara perlahan.

MANDIAN TERAPI

Sesetengah wanita hamil mengalami tekanan/ stres. Cubalah mandian terapi seperti mandi bunga dan sebagainya bagi memberikan ketenangan kepada minda dan tubuh.

PENJAGAAN GIGI

Ramai wanita yang mengambil mudah penjagaan gigi. Seharusnya, lakukan pemeriksaan gigi sepanjang kehamilan bagi memastikan gigi anda berada dalam keadaan terbaik. Anda juga boleh mencuba Ubat Gigi Stolle WPCIa merupakan satu-satunya ubat gigi di dunia yang mempunyai antibodi untuk menguat dan menyihatkan gigi. Ia juga dapat merawat pelbagai masalah berkaitan dengan gigi dan gusi serta memutihkan gigi. Antara kebaikan ubat gigi ini ialah:

  • Mencegah pembentukan plak dan kerosakan gigi
  • Menghalang pertumbuhan bakteria pada gigi
  • Menguat dan memutihkan gigi
  • Mencegah dan mengurangkan punca masalah mulut berbau
  • Mengurangkan masalah radang/ sakit gigi atau gusi
  • Mengurangkan masalah ulser
  • Mengurangkan masalah gigi berdarah
Oleh itu, hubungilah Pakar Pemakanan kami bagi mendapatkan nasihat tentang kehamilan atau mencuba produk terbaik kami kerana Susu Skim Stolle dapat menguatkan sistem imun anda dan bayi anda bagi mencegah pelbagai penyakit ketika kehamilan. Selain itu, nutrien hebat yang terdapat di dalam susu ini juga cukup bagi keperluan ibu hamil (kalsium, vitamin, zat besi, folate, zink, iodin, magnesium, karbohidrat, protein dan lain-lain lagi).


Hubungi kami di 03-61426618/ 010-2866398 sekarang!








No comments:

Post a Comment