Tuesday, August 13, 2013

10 Makanan Terbaik untuk Kesihatan Saluran Pencernaan

Pasti ramai yang mengalami masalah sakit perut, cirit-birit, sembelit atau mual-mual di musim perayaan ini kan? Al-maklumlah, Raya kan setahun sekali. Ape lagi, melantak je lah dari rumah ke rumah. Kalau tak dijamah makanan tu kang tak pasal-pasal Tuan Rumah kecil hati Betul tak? Jadi di sini saya ingin berkongsi dengan anda semua 10 makanan yang bagus untuk kesihatan saluran pencernaan anda.



1. Bubur

Bubur merupakan salah satu makanan yang dapat membantu mengawal atur kesihatan salur pencernaan anda kerana ianya mudah untuk dihadam, meningkatkan selera makan, membekalkan tenaga dan mencegah sembelit. Bagi sesiapa yang mengalami masalah sembelit, mengamalkan pemakanan bubur untuk beberapa hari akan membantu mengatasi masalah sembelit anda.



2. Bijirin Penuh

Bijirin penuh dapat menggalakkan pergerakan usus dan seterusnya menyingkirkan toksin secara berkesan dari salur pencernaan. Ia juga membantu mengekalkan persekitaran usus yang baik dan meningkatkan daya tahan badan.



3. Sayuran Hijau

Makanan beralkali ini boleh meneutralkan bahan-bahan berasid serta menyingkirkannya terus dari tubuh kita.


4. Buah-buahan

Walaupun kebanyakan buah-buahan mempunyai rasa yang sedikit masam, namun ia memberikan kesan alkali kepada sistem pencernaan kita serta membantu menyingkirkan toksin serta bahan-bahan yang tidak diperlukan oleh badan.


5. Teh Hijau

Ia mengandungi faktor detoksifikasi yang mempercepatkan proses penyingkiran toksin dari tubuh kita.



6. Rumpai Laut

Rumpai laut merupakan makanan beralkali yang rendah kalori dan kaya dengan serat. Ia menggalakkan pergerakan usus dan membersihkan darah.



7. Kulat Hitam (Black Fungus)

Kulat hitam mengandungi pektin yang mampu menyerap habuk dan membersihkan sistem pencernaan sebelum menyingkirkannya terus dari badan. Ia juga membersihkan darah serta mengekalkan kesihatan usus.



8. Yogurt

Seperti yang semua ketahui, yogurt mengandungi probiotik yang dapat mencegah pertumbuhan baktria jahat serta memperbaiki sistem pencernaan.



9. Susu Skim Stolle atau Susu Stolle Essential

Kedua-dua produk Stolle ini bagus dalam memperbaiki kesihatan usus kerana ia mengandungi 26 jenis antibodi tertentu dan 3 faktor berfungsi. Ia telah dianugerahkan dengan Permit Makanan Kesihatan dalam "Menyelenggara Fungsi Gastrousus" dan mendapat hak paten dalam "Perlindungan Gastrousus".



10. Curcumin/ CurVits

Kajian menunjukkan bahawa curcumin mempunyai kesan kesihatan dalam menyelenggara kesihatan sistem pencernaan serta mengurangkan simptom ulser perut yang teruk.


Cubalah Susu Skim Stolle & CurVits hari ini bagi kebaikan sistem pencernaan anda!
Hubungi kami di 03-61426618/ 010-2866398



No comments:

Post a Comment