Monday, October 21, 2013

OH LELAKI! 7 Makanan Jejaskan Diet Lelaki




Bukan sahaja wanita, malahan lelaki abad ini juga gemar berdiet kerana takut gemuk atau boroi. Justeru, untuk tampil sihat anda perlu mengelakkan pengambilan beberapa jenis makanan dan minuman yang boleh menjejaskan diet anda seterusnya mengurangkan risiko penyakit. Mari kita lihat 7 jenis makanan dan minuman yang perlu dielakkan oleh lelaki:

1) Minuman bergas/ berkarbonat

Minuman bergas sejuk, segar dan manis boleh menyebabkan ketagihan kepada seseorang. Minuman bergas mengandungi kandungan kafein dan gula yang agak tinggi. Sebab itulah ia mencetuskan kebergantungan dan ketagihan. Minuman bergas boleh dikatakan hampir tidak mempunyai sebarang khasiat atau nutrien. Pengambilan secara berlebihan boleh mengakibatkan kegemukan, diabetes, kerosakan gigi dan juga kanser. Oleh itu, ia perlu dibuang daripada diet harian anda. Gantikan minuman bergas dengan jus buah-buahan segar atau air mineral.

2) Pengambilan kafein/ kopi

Seperti minuman bergas, sesetengah penggemar kafein mungkin memenuhi keperluan mereka dengan meminum kopi. Sama ada kopi O atau kopi susu, kebanyakan kopi di kedai hari ini menggunakan krimer, gula dan penambah perisa yang lain. Selain itu, pengambilan kopi 3-in-1 juga sangat berbahaya kerana kandungan gula dan perisa tambahan yang agak tinggi. Oleh itu, jika anda terasa untuk minum kopi, bancuhlah kopi anda sendiri dengan mengurangkan krimer, susu dan gula dalam kopi anda (manis-manis buah pun sudah memadai!).

3) Produk berasakan tepung

Anda patut mengelakkan daripada mengambil roti putih dan produk yang mengandungi tepung yang diperkaya (fortified). 'Tepung yang diperkaya' menunjukkan bahawa tepung tersebut sudah mengalami proses 'bleached' dan kehilangan sumber khasiat berharga. Sebaliknya, gunakanlah roti penuh gandum untuk kesihatan anda.

4) Roti dan kek

Roti keju dan muffin bukanlah pilihan yang terbaik untuk diet harian anda. Saiz makanan seperti ini kadangkala di luar kawalan anda. Kebanyakan makanan ini mengandungi tepung yang diperkaya, gula dan lemak tepu yang tinggi. Sekalipun tertulis 'tanpa lemak tepu' pada label makanan, periksa kandungan nutrisi makanan itu kerana sesetengah pengeluar makanan menggunakan strategi tersebut untuk melariskan produk mereka.

5) Makanan/ minuman segera

Terdapat pelbagai jenis makanan dan minuman segera di pasaran. Makanan dan minuman jenis inilah yang paling banyak dibeli oleh kebanyakan daripada kita kerana faktor kepadatan jadual harian. Makanan dan minuman segera ini mempunyai kandungan garam, lemak dan perisa tambahan yang sangat tinggi serta "zero nutrient".  Pengambilan secara berterusan akan memudaratkan tubuh badan anda dalam jangka masa panjang kerana kalori yang sangat tinggi.



6) Makanan dalam tin

Kebanyakan makanan dalam tin mengandungi penambah perisa yang tinggi. Begitu juga kandungan garam dan gula serta pengawet. Jangan jadikan ia sebagai makanan harian anda. Kesibukan bekerja bukanlah alasan untuk mengambil makanan sebegini kerana ia sangat berbahaya untuk kesihatan.

7) Makanan bergoreng

Setiap makanan digoreng mengandungi kalori tersembunyi. Sesetengah restoran mungkin menggunakan minyak yang mengandungi lemak, atau makanan yang digoreng dengan mentega dan telur yang banyak. Oleh itu, kurangkanlah pengambilan makanan bergoreng. Jika teringin untuk makan makanan bergoreng, anda boleh menggoreng makanan anda sendiri dengan menggunakan minyak yang sihat seperti minyak olive. Selain itu, anda boleh menggunakan kaedah masakan yang lain seperti bakar, kukus atau gril.

SELAMAT MENCUBA!



Testimonial Strok Berpunca daripada Tekanan Darah Tinggi


Satu lagi testimonial berkaitan dengan strok. Kali ini merupakan seorang wanita berumur 75 tahun bernama Puan Khatijah binti Mamat. Beliau telah mengalami strok selama 2 tahun disebabkan oleh tekanan darah yang terlampau tinggi. Beliau mengalami strok sebelah kiri badan. Semasa kami (Nutritionist team) menziarahi beliau di Batu Burok, Kuala Terengganu, beliau hanya mampu terlantar dan menangis kerana beliau mengalami sakit kepala yang maha sakit dek kerana tekanan darah yang terlampau tinggi. Oleh kerana beliau tidak dapat bercakap, beliau hanya menangis dan meraung. Keadaan beliau juga sangat lemah dan tidak mampu bergerak. Setelah diperkenalkan dengan Susu Skim Stolle, anak dan menantu yang menjaga beliau bersetuju untuk mencuba sekotak Susu Skim Stolle. 

Selepas sebulan, kami sekali lagi menziarahi Puan Khatijah dan alhamdulillah beliau sangat aktif, tidak lagi demam atau sakit kepala serta bercakap banyak dengan kami. Kami memeriksa tekanan darah beliau dan tekanan darah beliau kembali normal kepada 125/62. Menurut kata menantu beliau, kaki dan tangan beliau telah mula kuat dan boleh digerakkan sedikit demi sedikit serta pernah sekali beliau cuba untuk turun dari katil dengan sendiri! Kami gembira dengan perubahan Puan Khatijah. Malah, anak dan menantu beliau membeli 2 kotak Susu Skim sekaligus untuk diberikan kepada Puan Khatijah. Kami menasihatkan beliau untuk terus minum dan kami akan memantau perubahan kesihatan Puan Khatijah setiap minggu.

Kami akan cuba untuk update perkembangan Puan Khatijah di dalam blog ini. Terima kasih kerana membaca testimonial ini. Sekiranya anda berminat untuk mencuba produk ini untuk sebarang masalah kesihatan yang berkaitan, hubungi kami di 03-61426618 sekarang. Agen di seluruh Malaysia diperlukan.


Susu Stolle pilihan terbaik untuk kesihatan sekeluarga!

Wednesday, October 16, 2013

Sindrom Metabolik

SINDROM METABOLIK adalah sekumpulan masalah kesihatan. Ini termasuklah lebihan lemak di sekeliling pinggang, kenaikan tekanan darah, trigliserida yang tinggi, kenaikan gula dalam darah dan rendahnya kolesterol lipoprotein ketumpatan tinggi (HDL). Masalah-masalah ini mampu meningkatkan risiko seseorang itu untuk mendapat serangan jantung, strok dan diabetes.



Sindrom Metabolik adalah disebabkan oleh gaya hidup yang tidak sihat. Ini termasuklah mengambil makanan yang mengandungi terlalu banyak kalori, tidak bersenam (tidak aktif), serta berlebihan berat badan terutamanya bagi mereka dengan tubuh badan berbentuk epal.

Gaya hidup tidak sihat ini boleh membawa kepada kerintangan insulin, satu keadaan di mana tubuh tidak berupaya bertindak balas secara normal terhadap insulin.

Jika anda memiliki kerintangan insulin, tubuh tidak dapat menggunakan insulin dengan sempurna dan gula dalam darah akan mula menaik. Seiring dengan masa, keadaan ini boleh membawa kepada diabetes jenis 2.



Gejala Sindrom Metabolik

Jika anda mengalami Sindrom Metabolik, pada masa sama anda mungkin memiliki beberapa masalah berkaitan kesihatan pada metabolisme. Ini termasuklah obesiti (biasanya di sekeliling pinggang), tekanan darah tinggi, tahap kolesterol tinggi dan kerintangan insulin.

Sindrom Metabolik meningkatkan risiko penyakit koronari arteri (CAD), melebihi apa yang disebabkan oleh lipoprotein kolesterol ketumpatan rendah (LDL) itu sendiri.

Perkara-perkara yang boleh membuatkan seseorang itu mendapat sindrom metabolik termasuklah:

1) Kerintangan insulin - Kerintangan insulin bermakna tubuh tidak dapat menggunakan insulin dengan sempurna.

2) Obesiti pada bahagian abdomen (perut) - Ini bermakna terlalu banyak lemak di sekeliling pinggang.



3) Usia - Peluang mendapat Sindrom Metabolik meningkat apabila seseorang itu semakin berusia.

4) Kurang Senaman - Jika tidak bersenam, anda lebih mudah menjadi obes dan mendapat Sindrom Metabolik.



5) Sejarah Keluarga - Memiliki ibu bapa atau saudara terdekat yang menghidap diabetes berkait rapat dengan Sindrom Metabolik.

6) Penambahan berat badan terutamanya di sekeliling pinggang.



7) Sejarah menghidap diabetes semasa kehamilan (diabetes gestasi).


Diagnosis

Diagnosis Sindrom Metabolik boleh dilakukan melalui pemeriksaan fizikal, sejarah perubatan dan beberapa ujian darah mudah. Anda mungkin didiagnosis menghidap sindrom metabolisme jika mempunyai faktor-faktor risiko yang disebutkan di bawah:

1) Obesiti abdomen (ukuran pinggang)
  • Lelaki: lebih daripada 40 inci (102 sentimeter)
  • Lelaki Asia: Lebih daripada 36 inci (90 sentimeter)
  • Wanita: Lebih daripada 35 inci (80 sentimeter)
  • Wanita Asia: Lebih daripada 32 inci (81 sentimeter)
2) Trigliserida 
  • 150 mg/dL atau lebih atau sudah mengambil ubatan
3) HDL:
  • Lelaki: kurang daripada 40 mg/dL atau mengambil ubat untuk kolesterol HDL rendah
  • Wanita: kurang daripada 50mg/dL untuk kolesterol HDL rendah
4) Tekanan darah tinggi
  • 130/85 mmHg atau lebih tinggi atau sudah mengambil ubat untuk tekanan darah tinggi 
5) Gula dalam darah ketika berpuasa
  • 100 mg/dL atau lebih tinggi, atau sudah mengambil ubat untuk mengawal gula dalam darag (kencing manis)

Rawatan dan Ubatan

Mengatasi satu daripada faktor-faktor risiko Sindrom Metabolik adalah sukar. Begitu juga untuk mengatasi kesemua faktor-faktor risiko sindrom ini. Tetapi perubahan gaya hidup dan ubatan boleh mengawal semua komponen Sindrom Metabolik.

Melakukan aktiviti fizikal dengan lebih kerap, mengurangkan berat badan dan berhenti merokok membantu mengurangkan tekanan darah dan memperbaiki tahap kolesterol dan paras gula dalam darah. 

1) Bersenam

Senaman perlu dilakukan lebih kurang 30 minit atau lebih, 3 kali seminggu. Senaman yang boleh dijalankan ialah seperti berjalan, berjalan pantas atau berjoging secara perlahan.

2) Kurangkan berat badan

Kurangkan 5-10 peratus berat badan boleh mengurangkan gula dan tekanan darah. 

3) Makan secara sihat

Hadkan makanan yang berlemak, berminyak dan tidak sihat. Tambahkan buah-buahan, sayur-sayuran, ikan, dan bijirin sepenuhnya.

4) Berhenti merokok

Merokok meningkatkan lagi kerintangan insulin dan memburukkan lagi keadaan kesihatan.

5) Susu Skim Stolle

Amalkan pengambilan sepaket Susu Skim Stolle setiap hari sangat bagus bagi mengurangkan dan memperbaiki masalah sindrom metabolik dan ianya terbukti berkesan dan sedap!

Susu Skim Stolle mengandungi 26 jenis antibodi yang bagus dalam mengurangkan kolesterol, gula dan tekanan darah serta penyakit-penyakit berkaitan yang lain.


"En.Shukri telah berjumpa dengan Stolle semasa Lanfar (M) Sdn. Bhd. membuka booth di Mydin Kubang Kerian, Kelantan. Beliau telah membuat pemeriksaan kesihatan dan mendapati semua bacaan untuk gula dalam darah, asid urik, tekanan darah dan kolesterol sangat tinggi. Beliau telah mencuba Susu Skim Stolle selama sebulan. Alhamdulillah beliau telah berjumpa dengan doktor dan mendapati semuanya kembali normal. Beliau juga telah berhenti mengambil beberapa ubat. Beliau kini masih mengamalkan Susu Skim Stolle setiap hari bagi mengekalkan kesihatan beliau".

Cara Selamat Ibu Menyusu Turunkan Berat Badan

Setiap manusia pastinya menginginkan tubuh yang sihat. Kata orang walau sebanyak mana pun wang dalam simpanan, ia masih belum mampu membeli kesihatan yang baik. Oleh itu, kesihatan sentiasa perlu dijaga untuk jaminan masa hadapan.



Bagi wanita yang baru melahirkan, kenaikan berat badan satu masalah yang cukup memeningkan. Manakan tidak, bayi perlu disusui, jadi mustahil untuk si ibu mengamalkan diet kerana ia boleh memudaratkan bayi.

Cara menurunkan berat badan dengan mengurangkan pengambilan kalori dalam makanan adalah perkara yang tidak sepatutnya dilakukan oleh ibu-ibu menyusu. Ini kerana ia dapat mempengaruhi pengeluaran mahupun kualiti susu ibu itu sendiri.

Bagi menjaga kuantiti dan kualiti susu tersebut maka ibu yang menyusu harus menambah pengambilan dalam sehari sekitar 300-500 kcal. Bagaimanapun, sekiranya si ibu masih ingin mencuba untuk menurunkan berat badan tetapi masih menyusukan bayi, terdapat beberapa cara selamat yang boleh dipraktikkan:

Bakar Kalori dengan Menyusukan Bayi

Berusahalah menyusukan bayi anda sehingga usianya 2 tahun. Jangan menganggap ia satu perkara yang menyusahkan kerana tubuh ibu yang menyusukan bayi berupaya menghasilkan hormon yang membantu menurunkan berat badan sekaligus mengembalikan bentuk tubuh secara semula jadi. Terdapat beberapa kajian mengatakan dengan menyusukan bayi, tubuh ibu berkenaan secara tidak langsung telah membakar 300-500 kcal sehari bersamaan dengan aktiviti berbasikal selama sejam!




Hati-hati dengan Makanan

Pilihlah jenis makanan yang banyak mengandungi sayur, buah-buahan, karbohidrat kompleks, lemak skim serta sumber protein. Sebagai contoh, susu rendah lemak, daging ayam tanpa kulit, ikan, telur, tauhu, tempe dan kekacang. Dengan mengambil makanan-makanan tersebut secara teratur, tidak mustahil anda mampu mendapatkan bentuk tubuh yang diinginkan serta kesihatan yang sempurna.



Susu Skim Stolle merupakan susu skim (sangat rendah lemak) yang sesuai bagi ibu yang menyusukan bayi. Kandungan antibodi yang terdapat di dalam susu ini juga dapat dipindahkan dari ibu kepada anak melalui penyusuan untuk mengukuhkan imuniti bayi kepada penyakit-penyakit. Antibodinya juga sesuai untuk bayi kerana ia adalah spesifik untuk manusia.




Jauhi Makanan Segera

Elakkan daripada mengambil makanan segera dan makanan yang telah disejuk bekukan. Makanlah makanan yang berkhasiat bagi memberikan khasiat yang optimum kepada bayi anda melalui penyusuan.

Lakukan Senaman Ringan

Sebaiknya setelah selesai menyusukan bayi maka lakukan sedikit senaman ringan bagi mengurangkan rasa tidak selesa di bahagian payu dara. Pada masa yang sama, gunakanlah pakaian dalam yang dikhususkan buat ibu-ibu menyusu. 

Mulakanlah dengan berjalan di kawasan sekitar, berbasikal atau berenang. Lakukanlah aktiviti-aktiviti tersebut seselesa mungkin. Jika anda berasa sakit di kawasan tertentu, maka dapatkanlah rawatan doktor dengan kadar segera!


Tip Kempiskan Perut Buncit

Perut buncit adalah masalah yang sering dihadapi bukan sahaja oleh wanita malah lelaki. Ia dialami oleh semua golongan tanpa mengira umur dan bangsa. Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan masalah ini. Antaranya amalan gaya hidup tidak sihat seperti gemar kan makanan ringan dan kurang bersenam. Masalah ini juga sering membelenggu wanita selepas mendirikan cahaya mata.

Harus diakui perut buncit mencacatkan penampilan dan menbuatkan seseorang berasa rendah diri. Malah golongan ini juga sering mengalami masalah ketika memilih pakaian.

Jangan susah hati, perut buncit bukanlah masalah rumit. Ia dapat diselesaikan dengan syarat anda mesti mempunyai disiplin yang tinggi. Jom ikuti tip mengempiskan perut. Selamat mencuba!




1. Gantikan minuman manis dengan air putih

Tidak dinafikan, ramai gemar memilih minuman manis berbanding air putih. Minuman manis akan membuatkan berat badan meningkat dan mengundang pelbagai masalah kesihatan seperti kencing manis.

Mulai hari ini tinggalkan air manis terutamanya minuman berkarbonat, banyakkan minum air putih. Ia dapat membantu melancarkan pencernaan terutama bagi golongan yang berdepan masalah sembelit. Anda digalakkan untuk minum air suam dan elakkan minuman berais.

2. Kunyah makanan dengan sempurna

Usah gelojoh ketika menjamu selera, kunyah makanan perlahan-lahan sehingga hancur. Kita tidak digalakkan makan dengan cepat kerana udara akan terkepung di dalam usus dan seterusnya membentuk gas yang menggalakkan perut menjadi buncit. Makanan yang tidak dikunyah sehingga halus juga tidak dapat dicerna dengan sempurna seterusnya menyebabkan perut kembung.



3. Kurangkan garam dalam makanan

Selain mengurangkan garam, anda juga perlu elakkan penggunaan serbuk perasa dan perisa. Ianya tidak baik untuk kesihatan. Sementara itu, garam yang banyak akan menambah ekstrak sodium terhadap cairan dalam tubuh dan melambatkan mekanisme proses pengeluaran air dari sel badan. Akibatnya, perut akan menjadi kembung dengan gas-gas yang terbentuk. Lama-kelamaan perut akan menjadi buncit.

4. Tingkatkan pengambilan makanan penuh serat

Makanan tinggi serat seperti sayur-sayuran hijau dan buah-buahan dapat membantu melancarkan proses pencernaan. Ia akan membuatkan perut berasa selesa dan mengatasi masalah sembelit. Amalan ini dapat mengatasi masalah perut buncit kerana najis dapat dibuang secara teratur.



5. Atasi masalah sembelit

Sembelit akan menyebabkan perut mengumpul gas berlebihan dan lemak. Akibatnya perut sering berasa kembung, buncit dan berangin. Selain mengamalkan pemakanan sihat, anda juga perlu mengambil ubat sembelit atas saranan doktor bagi mengatasi masalah tersebut. Bagi yang mahukan cara semula jadi, anda boleh amalkan memakan buah prun dan oren.

6. Senaman

Lakukan senaman secara konsisten sekurang-kurangnya 3 kali seminggu. Senaman dapat membantu meningkatkan metabolisme seterusnya membakar lemak dalam tubuh. Cairan yang berlebihan dalam perut akan dikeluarkan dari tubuh sebagai peluh. 

Senaman akan menggalakkan peristalsis (pergerakan makanan) di dalam usus anda. Ia akan menggalakkan pembuangan toksin dan seterusnya membuatkan tubuh anda sihat, menawan dan perut menjadi kempis. Terdapat senaman khusus untuk mengempiskan perut. Caranya, kempiskan perut anda selama 60 saat dan lepaskan. Lakukan dengan kerap kerana otot bahagian perut akan bekerja dan membuatkan perut buncit menjadi kempis.



7. Amalkan minum Susu Skim Stolle sekali setiap hari

Selain daripada memberikan anda imunisasi/ antibodi yang mencukupi, Susu Skim Stolle dapat memelihara sistem pencernaan dan kesihatan gastro usus anda. Gastro usus merupakan sistem penting yang berfungsi untuk menghadam, menyerap dan menghantar nutrien ke sel-sel badan. Ketidakfungsian saluran pencernaan akan mengakibatkan sembelit, cirit-birit, penyerapan tergendala, ulser usus, gastrik, gastritis dan gastroenteritis. Antibodi dan faktor anti-keradangan yang terdapat di dalam Susu Skim Stolle boleh melindungi gastro usus secara berkesan dan mengurangkan risiko dijangkiti penyakit gastro usus.


Bagi mereka yang mempunyai masalah intoleransi laktosa, anda boleh mencuba Susu Essential Stolle kami yang tidak mengandungi laktosa.



Cubalah Susu Skim Stolle hari ini bagi kebaikan sistem pencernaan anda!
Hubungi kami di 03-61426618/ 010-2866398

Sunday, October 13, 2013

Promosi Susu Skim Stolle!

Dapatkan rebat 10% dengan pembelian minimum 2 kotak Susu Skim Stolle atau rebat 22% dengan pembelian sekurang-kurangnya 4 kotak Susu Skim Stolle.

Apa tunggu lagi, dapatkan sekarang! Susu Skim Stolle bagus bagi meningkatkan imunisasi, membaiki sel-sel badan, mengurangkan masalah kesihatan serta bagus untuk kecantikan kulit.

Hubungi kami di 03-61426618 atau 010-2866398!


Testimonial Kencing Manis & Kecantikan

Ibu saya mengalami gangren pada hujung jari tangan dan kaki akibat komplikasi diabetis. Akibat kandungan gula yang terlalu tinggi dalam darah, ibu saya telah koma dan terlantar di hospital selama beberapa hari. Doktor mencadangkan untuk memotong jari tangan dan kaki yang telah mengalami gangren yang sangat teruk namun kami bertekad untuk mencari jalan penyelesaian yang lain. Selepas menghubungi Pakar Pemakanan dari Lanfar (M) Sdn Bhd, saya bersetuju untuk membelikan ibu saya Susu Stolle Essential. Selepas 3 hari mencuba Susu Stolle Essential, ibu saya boleh bangun dan bergerak seperti sedia kala. Melihatkan perubahan ibu saya, saya juga telah mula mengamalkan Susu Tepung Skim Stolle dan selepas sebulan, kawan-kawan sekerja mula memuji kulit muka saya yang kelihatan lebih licin dan halus seperti sebelumnya. Saya juga berasa lebih bertenaga dalam melakukan kerja-kerja di pejabat dan di rumah serta masalah rambut gugur kini tiada lagi! Saya juga turut memberikan Susu Tepung Skim Stolle kepada anak-anak saya dan mendapati bahawa mereka kini tidak mudah jatuh sakit (demam/ batuk/ selesema). Dua daripada anak saya juga pernah dijangkiti penyakit cacar air dan selepas diberikan Susu Tepung Skim Stolle, ianya kering dan pulih hanya dalam masa satu hari! Saya amat mempercayai Susu Stolle - Ruzidah (34 Tahun) Kajang.


Testimonial Pesakit Kanser Limfoma (Lymphoma)

Saya telah disahkan menghidap penyakit kanser limfoma (lymphoma) seawal usia 33 tahun iaitu pada Ogos tahun lepas (2012). Saya memang sama sekali tidak sangka yang saya akan menghidap kanser kerana saya masih muda, sentiasa bersenam, tidak pernah merokok dan keluarga tidak mempunyai sejarah kanser. Saya juga tidak merasakan sebarang simptom kecuali berat badan saya turun secara drastik iaitu dari 70 kg kepada 40 kg. Selepas diagnosis di hospital, barulah saya tahu yang saya menghidap kanser limfoma tahap 2. Saya redha dan terus mendapatkan rawatan lanjutan di hospital. Suatu hari, isteri mengesyorkan saya untuk mengambil Susu Tepung Skim Stolle. Pada mulanya saya ragu-ragu dengan produk ini namun untuk menjaga hati isteri, saya mengambil 2 paket Susu Tepung Skim Stolle sehari. Selepas 3 bulan mengamalkan Susu Tepung Skim Stolle, saya menjalani rawatan susulan dan doktor mendapati sel kanser tersebut sudah tiada. Saya juga telah berhenti rawatan kemoterapi. Sehingga sekarang saya mengambil sepaket Susu Tepung Skim Stolle setiap hari bagi mengekalkan kesihatan dan imunisasi saya. Saya juga mengesyorkan kesemua pesakit kanser untuk mencuba produk ini terutamanya bagi mereka yang sedang dalam rawatan kemoterapi kerana Susu Tepung Skim Stolle dapat mengembalikan tenaga yang hilang semasa rawatan kemoterapi dan memulihkan sistem imunisasi. Ia juga dapat mengurangkan kesan sampingan akibat rawatan kemoterapi seperti loya, muntah-muntah, kurang selera makan, lemah tubuh badan dan sebagainya. Kamarudin (34 Tahun) K. Lumpur 


Thursday, September 12, 2013

Hipertensi/ Tekanan Darah Tinggi: Pembunuh Senyap

Tekanan darah adalah tekanan pada darah dalam arteri semasa jantung mengepam darah ke seluruh tubuh. Tekanan darah tidak kekal sama pada setiap masa. Ia berubah mengikut keperluan tubuh. Ia terjejas melalui pelbagai faktor termasuklah kedudukan tubuh, pernafasan, tahap emosi, senaman dan tidur.


Jika tekanan darah kekal tinggi, ia boleh membawa kepada masalah-masalah yang lebih serius seperti serangan jantung, strok, kegagalan jantung atau penyakit buah pinggang. Terdapat dua ukuran bagi mengukur tekanan darah. Ia kebiasaannya diukur seperti berikut - 120/80 mmHg. Nombor di atas (120) menunjukkan bahawa tekanan ke atas pembuluh arteri akibat denyutan jantung. Manakala nombor di bawah (80) menunjukkan tekanan semasa jantung berehat di antara pengepaman.

Masa yang paling baik untuk mengukur tekanan darah adalah semasa anda dalam keadaan rehat dan dalam keadaan duduk atau baring. Kadar tekanan darah yang sentiasa lebih tinggi daripada kadar biasa/ normal untuk jangka masa yang lama perlulah berjumpa dengan doktor untuk rawatan selanjutnya. Kadar tekanan optima ialah 120/80 mmHg.

Jenis-jenis Darah Tinggi

a) Hipertensi Primer

Kebanyakan masyarakat kita mengalami hipertensi primer. Punca peningkatan tekanan darah adalah tidak diketahui. Akan tetapi, faktor-faktor risiko adalah:
  • Sejarah hipertensi dalam keluarga
  • Kegemukan
  • Pengambilan garam dan alkohol yang melampau
  • Merokok
  • Tekanan yang melampau
b) Hipertensi Sekunder

Peningkatan tekanan darah jenis ini adalah disebabkan oleh punca-punca atau penyakit-penyakit yang lain seperti:

  • Penyakit ginjal
  • Penyakit endokrin
  • Kesan ubat
  • Kecacatan kelahiran
  • Punca-punca lain

Komplikasi

Tekanan darah tinggi harus dipantau selalu dan dirawat. Jika tidak dikesan atau tidak dirawat dengan betul, ia boleh membawa kepada komplikasi-komplikasi seperti berikut:

  • Strok
  • Masalah jantung
  • Kegagalan jantung
  • Kerosakan buah pinggang
  • Kerosakan mata
Gejala

Anda harus berjumpa dengan doktor anda jika anda mengalami mana-mana atau semua yang berikut:

  • Tekanan diastolik melebihi 90 mmHg
  • Pembengkakan pada pergelangan kaki atau jari
  • Tercungap-cungap
  • Pandangan yang kabur
  • Pendarahan di hidung yang sering berulang
  • Sakit kepala yang berterusan
  • Pening
Rawatan

Rawatan serta-merta dan kerap dari seorang doktor adalah perlu dan terdapat pelbagai jenis ubat pada masa kini. Gaya hidup yang sihat perlulah diamalkan untuk seseorang itu menjalani kehidupan yang normal.

Apa yang perlu anda lakukan?

  • Baca label makanan dan pilih makanan yang rendah garam/ sodium
  • Kurangkan garam dalam penyediaan makanan
  • Dapatkan nasihat daripada doktor
  • Nikmati kehidupan yang normal dengan memantau dan mengawal tekanan darah tinggi


Elakkan

  • Makanan yang tinggi lemak dan garam
  • Merokok
  • Pengambilan alkohol
  • Kurang bersenam
  • Risau/ Tekanan

Untuk mengawal tekanan darah anda, cubalah Susu Skim Stolle untuk kesihatan yang sempurna! Ia baik untuk jantung dan menguatkan sistem imun badan. Hubungi kami di 03-61426618/ 010-2866398 sekarang!



Wednesday, September 11, 2013

5 Sebab Minum Air Putih Sebaik Bangun Tidur


Ramai daripada kita yang tidak suka/ kurang mengamalkan minum air putih dan lebih gemar meminum minuman manis seperti teh tarik, sirap, oren, kopi dan sebagainya. Tahukah anda bahawa pengambilan air putih yang banyak sangat baik kepada kesihatan kita?

Salah satu waktu yang paling baik untuk minum air putih adalah pada waktu pagi sebaik sahaja bangun daripada tidur. Ini adalah sebab-sebabnya:

1) Seimbangkan sistem buah pinggang

Tubuh memiliki air yang cukup dan terhidrasi akan memaksimumkan fungsi tubuh, seimbangkan cairan dan mencegah jangkitan.

2) Kulit lebih berseri

Minum air putih boleh membantu kita menyingkirkan toksin di dalam tubuh seterusnya menjadikan kulit lebih berseri. Bahkan, ia dapat membantu membersihkan toksin dalam darah.

3)  Melangsingkan tubuh

Cuba minum dua gelas air setiap kali bangun daripada tidur. Rajin-rajinlah minum air pada pagi hari dan boleh meningkatkan metabolisme tubuh sebanyak 24 peratus.

4) Menambah darah

Ketika anda berasa lesu, pening dan anemia, minumlah air dengan jumlah yang mencukupi. Ia membantu tubuh membentuk sel darah yang baru dan membantu pembentukan otot.

5) Membersihkan usus

Minum air ketika perut kosong membantu membersihkan usus dan membuatnya lebih mudah menyerap nutrisi makanan yang masuk kemudiannya.


Monday, September 9, 2013

Tip Atasi Perut Sensitif



Bagi anda yang mempunyai perut sensitif, tentunya anda tidak bebas untuk makan sembarangan. Sebelum sistem pencernaan anda terganggu, sebaiknya anda kenali beberapa fakta dan tip untuk pola makan sihat bagi perut sensitif anda. Ikuti panduan berikut:

  • Makan dalam kuantiti yang kecil akan membantu anda menurunkan risiko kekejangan pada bahagian bawah esophageal sphincter yang berfungsi untuk mendorong makanan sampai ke perut.
  • Hal tersebut menunjukkan bahawa dengan kuantiti yang besar akan meninggikan risiko sakit perut. Ini kerana, jika diambil dengan kuantiti yang banyak, esophageal sphincter akan penuh dan membuat makanan kembali ke bahagian atas perut.
  • Sebaiknya hindari makan makanan di antara 2-3 jam sebelum tidur. Berbaring dalam keadaan perut penuh juga akan mengakibatkan makanan terdorong untuk kembali ke bahagian esophageal sphincter.
  • Diet kaya serat akan melancarkan pencernaan dan mencegah berlakunya sembelit. Untuk itu, anda boleh mendapatkan makanan berserat seperti di dalam beras merah, gandum, buah, sayur, soya dan sebagainya.

  • Amalkan minum air putih. Air putih boleh membantu mendorong sisa makanan di dalam perut dibawa dnegan lancar ke sistem pembuangan serta melancarkan buang air besar.

  • Gemar mengambil makanan berlemak merupakan salah satu cara yang boleh merosakkan sistem pencernaan. Hal ini kerana, makanan berlemak yang banyak akan membuat perut bekerja lebih keras untuk mencerna. Oleh itu, kurangkan pengambilan kerepek, burger, kentang goreng serta daging berlemak.
  • Kurangkan pengambilan makanan pedas juga boleh membantu menyelesaikan masalah perut sensitif. Makanan pedas biasanya akan menyebabkan rasa memulas yang berlebihan, apatah lagi mereka yang mempunyai perut yang sensitif.


Ambillah segelas Susu Skim Stolle bagi melancarkan pencernaan, menyingkirkan toksin serta mengurangkan keradangan pada perut/ sistem pencernaan. Terbukti berkesan kepada mereka yang mengalami gastrik/ masalah perut sensitif akibat sistem pencernaan yang lemah.


Cubalah Susu Skim Stolle hari ini bagi kebaikan sistem imun anda!
Hubungi kami di 03-61426618/ 010-2866398

Diagnosed with Chronic Kidney Disease. What's Next?



"You have chronic kidney disease." You can hardly believe your ears - or your doctor's diagnosis, for that matter. Despite having lived with other conditions like hypertension (high blood pressure) and diabetes for a while now, you had always thought you were doing a good enough jobs in managing them - good enough to prevent yourself from developing chronic kidney disease (CKD) down the road.

But being diagnosed with CKD is not the end. Although there is no cure for CKD (and the resulting gradual decline of kidney function), your doctor can work out a treatment strategy appropriate to your health profile and your specific needs. With effective management, the progression of CKD can be significantly slowed, and your quality of life maintained.


Here are four pointers to help you get the best out of your CKD management plan:

1) Work with your doctor

Don't just consult your doctor - work hand-in-hand with him or her. Whether it's taking notes to help you better remember your doctor's advice, preparing a list of questions prior to each appointment or asking for clarifications on issues you may be uncertain about, playing an active patient role is crucial for the management of any disease, including CKD.

2) Manage co-existing diseases

In most patients, CKD is the result of diabetes or hypertension. Both these conditions damage blood vessels, including the tiny ones within the kidneys. This gradually impairs kidney function.

To effectively control CKD to slow its progression, these underlying conditions must also be monitored and managed well. However, it can sometimes be difficult to know  where to focus your attention or which issues should be prioritized. Work with your doctor to determine which is most important to you right now so that you can focus on what requires the most control.

3) Abide by dietary restrictions

Your doctor will likely advise you to abide by a kidney-friendly diet which restricts protein. This is because the kidneys are tasked with clearing waste products generated when you digest protein. In CKD patients, compromised kidneys can no longer cope with the demands of this task, and straining them accelerates the damage. By consuming less protein, your kidneys' workload is eased considerably, enabling them to function longer. You will have to do your part in abiding by your doctor's recommended ways to restrict protein intake.

Your doctor may also advise you to consider keto acid therapy. When consumed, keto acids are broken down into essential amino acids (the building blocks of protein), but without the workload typically associated with protein metabolism. Research shows that keto acid therapy can be effective in preserving kidney function - meaning more dialysis-free years!


4) Take charge!

Being diagnosed with CKD can be disheartening. However, it is not all gloom-and-doom. there are many things you can do to delay its progression and live a full and satisfying life. With successful management of your other health conditions, appropriate lifestyle choices and a positive attitude, you can live the life you want - CKD or not!




We would like to introduce you to STOLLE ESSENTIAL.....

Stolle Essential was extracted from Stolle Skim Milk Powder. Its low content of lactose and protein makes it the good choice for those who suffer from CKD and those who have to limit carbohydrate and protein intake. It can double modulate immunity and thus a good companion of daily immunity.

Three features of Stolle Essential:

1) Contain specific antibodies and functional factors

Based on the concept of 'mother's milk', Stolle Essential manufactured by hyperimmunisation technique contain 26 types of antibody and three functional factors which form the natural protective shelter that defense the exogenous bacteria.

2) The low lactose keeps the lactose intolerance away

Using patented membrane filtration technique, about 96% lactose was removed. This makes people suffered from lactose intolerance be able to enjoy benefits from Stolle product.

3) Health Food Permits

Two Health Food Permits issued by the Health Department of Taiwan: "Modulate Immune System" and "Allergy Alleviation Function."


RECOMMENDATION: Suitable for consumers with lactose intolerance or those who are under sugar or protein restriction diet.


CONTACT US AT 03-61426618/ 010-2866398 FOR MORE INFORMATION