Wednesday, August 14, 2013

Mana satu ni??? Sarapan dahulu atau bersenam dahulu??

Mana dahulu, sarapan atau senaman? Persolan ini mungkin tidak asing kepada mereka yang selalu bersenam seperti saya :) 

Ada yang berpendapat lebih baik bersenam dahulu supaya tidak terganggu akibat perut yang penuh semasa bersenam. Namun tidak kurang pula yang mengatakan bahawa bersarapan terlebih dahulu agar bertenaga untuk memulakan rutin senaman, sekaligus dapat membakar kalori makanan yang dimakan.


Jadi, apakah turutan yang betul, bersenam atau bersarapan dahulu? Menurut kajian yang dilakukan di Universiti Glasgow, United Kingdom, bersenam sebelum bersarapan sebenarnya berupaya membantu seseorang yang sedang dalam usaha menurunkan berat badan.

Para penyelidik menyatakan bahawa bersenam sebelum bersarapan bukan sahaja dapat membantu tubuh lebih cepat membakar kalori namun aktiviti tersebut juga boleh menurunkan risiko pengumpulan lemak di pembuluh darah.

Dr. Jason Gill, salah seorang daripada kumpulan penyelidik tersebut mengatakan bahawa bersenam sememangnya bagus. Tetapi adalah lebih bagus sekiranya ini dilakukan sebelum bersarapan. Ini kerana tubuh akan bergantung kepada penghasilan tenaga dari lemak yang tersimpan di dalam tubuh dari malam sebelumnya.

Seramai 10 orang responden lelaki telah dipilih menyertai kajian tersebut bagi menguji keberkesanan senaman yang dilakukan sebelum bersarapan. Dalam kajina tersebut, kesemua responden diminta untuk menikmati sarapan pada hari pertama kajian tanpa melakukan senaman. Pada hari kedua, mereka bersenam dahulu dan diikuti dengan sarapan. Manakala pada hari ketiga, mereka bersarapan dan kemudian bersenam.

Hasil kajian mendapati bahawa mereka banyak membakar kalori pada hari kedua iaitu sebanyak 33% berbanding hari ketiga.

Namun, konsistensi dalam melakukan senaman adalah diperlukan bagi menurunkan berat badan. Walau bagaimanapun, sebagai seorang Pakar Pemakanan, saya lebih menasihatkan semua orang untuk mengambil sedikit sarapan pada kuantiti yang sedikit sebelum melakukan senaman. Ini kerana, apabila kita bangun pagi, paras gula di dalam badan adalah sangat rendah. Sekiranya kita terus melakukan senaman, kita mungkin akan mengalami pitam, penat dan pening.

Jadi, bangunlah awal sedikit (1-2 jam sebelum bersenam) dan ambillah sedikit makanan untuk mengalas perut. antara makanan yang sesuai diambil sebelum bersenam adalah:

  • Roti mil penuh (wholemeal bread)
  • Bijirin penuh (wholemeal cereals)
  • Susu rendah lemak atau susu skim; yang terbaik ialah Susu Skim Stolle
  • Jus buah-buahan/ Smoothies (boleh dicampur dengan Susu Skim Stolle)
  • Pisang
Pastikan mengambil dalam kuantiti yang sedikit. Jika ingin mengambil sarapan yang berat, ambillah 3-4 jam sebelum bersenam! Bangunlah awal sedikit ye!

Diharap artikel ini dapat membantu menjawab segala kemusykilan anda. Tinggalkan komen di bawah untuk sebarang pertanyaan.



No comments:

Post a Comment