Tuesday, August 20, 2013

SARAPAN adalah menu penting setiap hari!

Ramadhan sudah berlalu bermakna rutin makan akan kembali seperti biasa. Jika sebelum puasa anda terjebak dengan amalan pemakanan yang tidak sihat, inilah masanya untuk berubah dan memulakan pemakanan yang sihat dan baik. Sudah semestinya menu atau hidangan pertama yang perlu diubah ialah SARAPAN.




Jika anda ingin memulakan hari dengan baik, memiliki tenaga yang mencukupi untuk terus bekerja serta berfikiran cerdas, peka, produktif dan sentiasa berada di hadapan orang lain, langkah pertama yang anda perlu lakukan ialah dengan mengambil sarapan. Berikut adalah amalan yang boleh anda lakukan:

  • Bangun awal supaya mempunyai masa untuk bersarapan.
  • Sediakan sarapan pada malam sebelumnya jika dirasakan tidak sempat untuk menyediakan sarapan pada waktu pagi
  • Makanan makanan yang berserat tinggi, bijirin penuh serta kaya dengan protein (seperti susu) untuk meningkatkn metabolisme.
  • Pastikan anda mempunyai sedikit masa untuk bersarapan.
  • Disiplinkan diri untuk bersarapan pada setiap pagi. Seseorang yang tidak bersarapan mempunyai risiko untuk medapat kolesterol tinggi dan penyakit-penyakit lain.

ELAKKAN

  • Memakan makanan yang berlemak tinggi setiap hari (contohnya roti canai, nasi lemak dan kuih-muih manis) kerana ia akan menyebakan anda rasa lebih letih dan kekembungan.
  • Hanya minum kopi.
  • Fikir anda boleh tinggalkan sarapan dan terus makan berat pada waktu tengahari.
  • Tidak bersarapan langsung.
LAMBAT KE PEJABAT

Jangan bimbang jika anda tidak mempunyai masa untuk bersarapan sebelum ke pejabat. Berikut adalah beberapa makanan yang boleh disimpan di rumah dan di jadikan sarapan segera buat anda yang sering mengejar waktu.


Makanan ini mudah didapati dan dimakan apabila terpaksa bergegas ke pejabat. Ia juga boleh dijadikan bekalan untuk bersarapan di pejabat:

  • Buah-buahan
  • Roti mil penuh (whole meal bread)
  • Tuna
  • Susu segar/ skim/ rendah lemak
  • Telur rebus
  • Bijirin sarapan atau muesli
  • Keju
  • Yogurt/ minuman yogurt
  • Biskut 
  • Oat

Sarapan amat penting kerana paras glukosa anda adalah rendah apabila bangun dari tidur kerana anda telah 'berpuasa' semalaman (ketika tidur). Jadi, ambillah sarapan setiap hari. Kajian telah membuktikan bahawa memulakan hari dengan sarapan yang seimbang akan memperbaiki kebolehan menumpukan perhatian, kepekaan serta fungsi ingatan anda.



Jika anda telah biasa mengambil sarapan yang berat serta berlemak tinggi, cuba kurangkan jumlah pengambilan anda secara beransur-ansur. Jangan bimbang jika pada mulanya anda tidak berasa kenyang kerana lama-kelamaan anda akan biasa dengan sarapan yang lebih ringan dan sihat. 

Susu Skim Stolle merupakan sarapan berkhasiat terunggul untuk seisi keluarga! Minumlah segelas Susu Skim Stolle setiap pagi untuk tenaga sepanjang hari. Ianya sangat rendah lemak (skim), berkhasiat (mempunyai vitamin, mineral, karbohidrat, protein, kalsium yang tinggi), mengenyangkan dan baik untuk kesihatan usus dan imuniti. Amalkan segelas Susu Skim Stolle hari ini dan anda akan merasa perbezannya dalam beberapa hari! Sesuai untuk seisi keluarga (1 tahun ke atas).





Cubalah Susu Skim Stolle hari ini bagi kebaikan sistem imun anda!
Hubungi kami di 03-61426618/ 010-2866398

No comments:

Post a Comment