Friday, August 2, 2013

RAMADHAN KAREEM!!!


  • Beberapa hari lagi umat Islam akan menyambut HARI RAYA AIDILFITRI. Tetapi jangan kita lupa, RAMADHAN sebenarnya mengajar umat Islam pelbagai perkara yang baik antaranya dari segi pemakanan.


1. Makan sahur dengan mengakhirkannya
Dari Anas ra. bahawa Rasulullah SAW bersabda, "Makan Sahurlah, kerana sahur itu barakah". (HR Bukhari 1923 dan Muslim 1095).
Dari al-Miqdam bin Ma'dikarb dari Nabi SAW. Bersabda, Hendaklah kamu makan sahur kerana sahur itu makanan yang diberkati.(HR An-Nasa'i: 4/146).
Dari Abi Said al-Khudri RA. " Sahur itu barakah maka jangan tinggalkan meski hanya dengan seteguk air. Sesungguhnya Allah dan malaikat-Nya bershalawat kepada orang-orang yang sahur. (HR Ahmad: 3:12)

2. Berbuka dengan menyegerakannya
Dari Sahl bin Saad bahwa Nabi SAW bersabda, "Umatku masih dalam kebaikan selama mendahulukan berbuka."(HR Bukhari 1957 dan Muslim 1058)
Dari Anas RA. Berkata bahawa Rasulullah SAW berbuka dengan ruthab (kurma muda) sebelum solat. Bila tidak ada maka dengan kurma. Bila tidak ada maka dengan minum air. (HR Abu Daud, Hakim dan Tirmizy)


  • Berdasarkan perkara diatas, kita boleh lihat bahawa menjaga waktu makan itu sangat penting dalam kehidupan seharian kita.

  • Menjaga waktu makan adalah sangat digalakkan dan sangat baik untuk mencegah obesiti dan masalah-masalah kesihatan yang lain seperti gastrik, kencing manis dan lain-lain. 

  • Kesimpulannya, Bulan Ramadhan memberi kita peluang untuk memperbetulkan kembali cara pengambilan makanan kita setiap hari. Rebutlah peluang ini. Ramadhan hanya setahun sekali. Ayuh!!!






SALAM RAMADHAN & 

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

No comments:

Post a Comment