Wednesday, August 14, 2013

Makanan Yang Sesuai Selepas Bersenam


Soal bersarapan dahulu sebelum bersenam sudah selesai. Jika anda belum membaca artikel tersebut, sila klik di sini.

Bagaimana pula dengan pilihan makanan yang terbaik selepas bersenam? Kebanyakan daripada kita akan bersarapan di warung-warung bagi menikmati nasi lemak, roti canai, kuih-muih dan sebagainya sebaik sahaja selesai bersenam.



Disarankan agar anda tetap memilih makanan yang sihat bagi memaksimumkan manfaat senaman yang telah dilakukan. Seterusnya, pilih makanan yang sesuai bagi mengelakkan rasa tidak selesa ketika bersenam. Kebiasaannya, setelah selesai bersenam kita akan mengalami masalah kekejangan otot dan lenguh-lenguh badan.

Elakkan daripada mengambil ubat-ubatan bagi mengatasi masalah kekejangan dan lenguh-lenguh badan. Sebaliknya, amalkan beberapa jenis makanan berikut sebagai langkah pemulihan setelah bersenam. Ikuti panduan ini:

  • Halia merupakan salah satu jenis makanan yang mengalami banyak khasiat. Ia bukan sahaja dapat menghilangkan angin yang masuk ke dalam tubuh tetapi juga berkhasiat untuk mengurangkan rasa kaku dan kejang pada otot setelah berlari.
  • Jus tomato juga memainkan peranan penting dalam penyembuhan kecederaan yang disebabkan oleh bersenam terutamanya aktiviti berbasikal. Biasanya ia mudah berlaku apabila kita berbasikal terlalu lama. Kandungan likopen di dalam tomato boleh menyembuhkan jaringan kecederaan agar sembuh lebih cepat. Ambil satu auns tomato selama seminggu bagi penyembuhan.
  • Protein yang terkandung di dalam yogurt mempercepatkan pemulihan otot setelah bersenam. Penyelidikan di Medicine and Science in Sport and Exercise mendapati bahawa sesiapa yang mengambil protein setelah bersenam akan mengalami pemulihan otot yang lebih cepat . Mengambil tiga auns sayuran hijau yang mengandungi nutrisi seperti beta karoten dan vitamin E sebelum bersenam selama lapan minggu berturut-turut juga boleh membantu mengurangkan risiko kecederaan otot akibat bersenam.
  • Jus ceri kaya dengan kandungan polyphenol, iaitu flavonoid dan anthyocyanins yang diketahui mampu mengurangkan radang. Atlet yang mengambil jus ceri selama 7 hari sebelum dan 2 hari selepas bersenam, oto mereka didapati pulih dengan lebih cepat.
  • Susu Skim Stolle bagus untuk sesiapa yang aktif bersukan/ atlet kerana ia terbukti dapat mengurangkan kesakitan/ keradangan akibat senaman yang berterusan. Ia juga dapat meningkatkan prestasi kardiovaskular, oleh itu stamina juga akan meningkat. Sebagai sebahagian daripada penyelidikan meluas saintifik, SMBI menjalankan kajian klinikal/ double-blind terhadap 18 pelari marathon. Pelari diberikan Susu Skim Stolle selama 6 bulan dan prestasi mereka dipantau sepanjang kajian tersebut. Hasil kajian menunjukkan bahawa tempoh masa pemulihan (hari antara latihan atau perlumbaan) meningkat dengan ketara bagi atlet yang mengamalkan Susu Skim Stolle berbanding dengan kumpulan kawalan. Di samping itu, peratusan lemak dalam badan dalam tempoh 6 bulan itu juga diukur, dan hasilnya mendapati bahawa peratusan lemak bagi atlet yang mengambil Susu Skim Stolle menurun dengan ketara.


Cubalah Susu Skim Stolle hari ini bagi kebaikan sistem imun dan ketahanan anda!
Hubungi kami di 03-61426618/ 010-2866398

No comments:

Post a Comment