Wednesday, July 31, 2013

Susu Pelihara Kesihatan Otak

Susu terkenal sebagai minuman yang menyihatkan serta baik untuk pertumbuhan tulang dan badan. Satu penyelidikan yang dilakukan di Universiti Maine, Amerika Syarikat mendapati bahawa orang dewasa yang minum susu setiap hari dapat memelihara kesihatan otak.

Penyelidikan ini dilakukan melalui ujian terhadap 900 responden yang berumur di antara 28 hingga 98 tahun. Antara uji kaji penyelidikan tersebut adalah seperti ujian visual dan ujian verbal. Hasilnya mendapati bahawa mereka yang mengambil susu secara rutin, menunjukkan peningkatan gerak kerja otak dan mental.

Selain meningkatkan gerak kerja otak, hasil kajian itu juga menyebutkan tentang beberapa manfaat lain hasil daripada amalan minum susu bagi orang dewasa:

  • Orang yang amalkan minum susu secara rutin keseluruhannya cenderung memiliki pola makan yang sihat.
  • Nutrisi di dalam susu didapati juga mencegah penurunan kadar mental seseorang
  • Melambatkan atau mencegah disfungsi neuropsikologi
  • Menjaga kesihatan tulang kerana memiliki kandungan vitamin D yang melimpah selain menguatkan tulang hasil bantuan kalsium yang terdapat di dalamnya.

Jadi, untuk mendapatkan manfaat yang melimpah dari susu, pilihlah susu dengan kadar lemak yang rendah. Susu Tepung Skim Stolle merupakan susu dengan kandungan lemak yang paling rendah. Amalan minum Susu Stolle segelas setiap hari sudah mencukupi untuk khasiat seharian serta menguatkan sistem imun badan.

Cubalah Susu Skim Stolle hari ini bagi kebaikan sistem imun anda!
Hubungi kami di 03-61426618/ 010-2866398


No comments:

Post a Comment