Tuesday, July 23, 2013

Daya Ketahanan Badan Merupakan Asas kepada Kesihatan Tubuh Badan

Apabila kita jatuh sakit, tanpa berfikir panjang, kita akan terus mengambil ubat yang dianggap sebagai penawar. Namun, kian banyak penyelidikan yang dijalankan telah menunjukkan bahawa dalam usaha mengekalkan kesihatan badan kita, daripada bergantung kepada ubat untuk menyembuhkan penyakit yang dialami, lebih baik kita bermula dengan pengurusan sistem imun sendiri. Melalui cara ini, barulah penyakit dapat dicegah dengan sepenuhnya. Memiliki sistem imun yang kuat merupakan gaya hidup yang patut diusahakan dengan giat oleh golongan muda pada hari ini.





Apa Itu Sistem Imun?

Sistem imun merupakan mekanisma perlindungan yang terdapat di dalam tubuh badan. Keimunan yang tinggi dapat mempertahankan tubuh kita daripada serangan bakteria, racun, bahan pencemar, sel kanser dan macam-macam lagi yang merupakan penyebab penyakit.




Sistem imun badan manusia adalah doktor yang paling boleh dipercayai kerana ia mampu menahan bakteria dan kuman asing, membolehkan toksin dikumuhkan daripada tubuh badan, membaikpulih fungsi pelbagai organ dan memastikan sistem-sistem dalam tubuh boleh berfungsi dengan normal. Penyembuhan secara semulajadi boleh dicapai melalui 2 kaedah iaitu pencegahan penyakit dan keupayaan pemulihan.

Sistem imun badan yang baik boleh dicapai secara berkesan melalui tidur yang mencukupi, senaman dan diet yang seimbang. Namun, sistem imun kita lazimnya kurang stabil, bukan sahaja mudah terjejas akibat gaya hidup dan tekanan kerja, malah ia akan mengalami kemerosotan akibat peningkatan usia seseorang. Oleh itu, adalah perlu kita mengambil makanan tambahan yang sewajarnya untuk memastikan sistem imun kita sentiasa berada dalam keadaan yang sihat.


Cubalah Susu Skim Stolle hari ini bagi kebaikan sistem imun anda!
Hubungi kami di 03-61426618/ 010-2866398

No comments:

Post a Comment