Wednesday, October 16, 2013

Tip Kempiskan Perut Buncit

Perut buncit adalah masalah yang sering dihadapi bukan sahaja oleh wanita malah lelaki. Ia dialami oleh semua golongan tanpa mengira umur dan bangsa. Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan masalah ini. Antaranya amalan gaya hidup tidak sihat seperti gemar kan makanan ringan dan kurang bersenam. Masalah ini juga sering membelenggu wanita selepas mendirikan cahaya mata.

Harus diakui perut buncit mencacatkan penampilan dan menbuatkan seseorang berasa rendah diri. Malah golongan ini juga sering mengalami masalah ketika memilih pakaian.

Jangan susah hati, perut buncit bukanlah masalah rumit. Ia dapat diselesaikan dengan syarat anda mesti mempunyai disiplin yang tinggi. Jom ikuti tip mengempiskan perut. Selamat mencuba!




1. Gantikan minuman manis dengan air putih

Tidak dinafikan, ramai gemar memilih minuman manis berbanding air putih. Minuman manis akan membuatkan berat badan meningkat dan mengundang pelbagai masalah kesihatan seperti kencing manis.

Mulai hari ini tinggalkan air manis terutamanya minuman berkarbonat, banyakkan minum air putih. Ia dapat membantu melancarkan pencernaan terutama bagi golongan yang berdepan masalah sembelit. Anda digalakkan untuk minum air suam dan elakkan minuman berais.

2. Kunyah makanan dengan sempurna

Usah gelojoh ketika menjamu selera, kunyah makanan perlahan-lahan sehingga hancur. Kita tidak digalakkan makan dengan cepat kerana udara akan terkepung di dalam usus dan seterusnya membentuk gas yang menggalakkan perut menjadi buncit. Makanan yang tidak dikunyah sehingga halus juga tidak dapat dicerna dengan sempurna seterusnya menyebabkan perut kembung.



3. Kurangkan garam dalam makanan

Selain mengurangkan garam, anda juga perlu elakkan penggunaan serbuk perasa dan perisa. Ianya tidak baik untuk kesihatan. Sementara itu, garam yang banyak akan menambah ekstrak sodium terhadap cairan dalam tubuh dan melambatkan mekanisme proses pengeluaran air dari sel badan. Akibatnya, perut akan menjadi kembung dengan gas-gas yang terbentuk. Lama-kelamaan perut akan menjadi buncit.

4. Tingkatkan pengambilan makanan penuh serat

Makanan tinggi serat seperti sayur-sayuran hijau dan buah-buahan dapat membantu melancarkan proses pencernaan. Ia akan membuatkan perut berasa selesa dan mengatasi masalah sembelit. Amalan ini dapat mengatasi masalah perut buncit kerana najis dapat dibuang secara teratur.



5. Atasi masalah sembelit

Sembelit akan menyebabkan perut mengumpul gas berlebihan dan lemak. Akibatnya perut sering berasa kembung, buncit dan berangin. Selain mengamalkan pemakanan sihat, anda juga perlu mengambil ubat sembelit atas saranan doktor bagi mengatasi masalah tersebut. Bagi yang mahukan cara semula jadi, anda boleh amalkan memakan buah prun dan oren.

6. Senaman

Lakukan senaman secara konsisten sekurang-kurangnya 3 kali seminggu. Senaman dapat membantu meningkatkan metabolisme seterusnya membakar lemak dalam tubuh. Cairan yang berlebihan dalam perut akan dikeluarkan dari tubuh sebagai peluh. 

Senaman akan menggalakkan peristalsis (pergerakan makanan) di dalam usus anda. Ia akan menggalakkan pembuangan toksin dan seterusnya membuatkan tubuh anda sihat, menawan dan perut menjadi kempis. Terdapat senaman khusus untuk mengempiskan perut. Caranya, kempiskan perut anda selama 60 saat dan lepaskan. Lakukan dengan kerap kerana otot bahagian perut akan bekerja dan membuatkan perut buncit menjadi kempis.



7. Amalkan minum Susu Skim Stolle sekali setiap hari

Selain daripada memberikan anda imunisasi/ antibodi yang mencukupi, Susu Skim Stolle dapat memelihara sistem pencernaan dan kesihatan gastro usus anda. Gastro usus merupakan sistem penting yang berfungsi untuk menghadam, menyerap dan menghantar nutrien ke sel-sel badan. Ketidakfungsian saluran pencernaan akan mengakibatkan sembelit, cirit-birit, penyerapan tergendala, ulser usus, gastrik, gastritis dan gastroenteritis. Antibodi dan faktor anti-keradangan yang terdapat di dalam Susu Skim Stolle boleh melindungi gastro usus secara berkesan dan mengurangkan risiko dijangkiti penyakit gastro usus.


Bagi mereka yang mempunyai masalah intoleransi laktosa, anda boleh mencuba Susu Essential Stolle kami yang tidak mengandungi laktosa.



Cubalah Susu Skim Stolle hari ini bagi kebaikan sistem pencernaan anda!
Hubungi kami di 03-61426618/ 010-2866398

No comments:

Post a Comment