Wednesday, October 16, 2013

Sindrom Metabolik

SINDROM METABOLIK adalah sekumpulan masalah kesihatan. Ini termasuklah lebihan lemak di sekeliling pinggang, kenaikan tekanan darah, trigliserida yang tinggi, kenaikan gula dalam darah dan rendahnya kolesterol lipoprotein ketumpatan tinggi (HDL). Masalah-masalah ini mampu meningkatkan risiko seseorang itu untuk mendapat serangan jantung, strok dan diabetes.



Sindrom Metabolik adalah disebabkan oleh gaya hidup yang tidak sihat. Ini termasuklah mengambil makanan yang mengandungi terlalu banyak kalori, tidak bersenam (tidak aktif), serta berlebihan berat badan terutamanya bagi mereka dengan tubuh badan berbentuk epal.

Gaya hidup tidak sihat ini boleh membawa kepada kerintangan insulin, satu keadaan di mana tubuh tidak berupaya bertindak balas secara normal terhadap insulin.

Jika anda memiliki kerintangan insulin, tubuh tidak dapat menggunakan insulin dengan sempurna dan gula dalam darah akan mula menaik. Seiring dengan masa, keadaan ini boleh membawa kepada diabetes jenis 2.



Gejala Sindrom Metabolik

Jika anda mengalami Sindrom Metabolik, pada masa sama anda mungkin memiliki beberapa masalah berkaitan kesihatan pada metabolisme. Ini termasuklah obesiti (biasanya di sekeliling pinggang), tekanan darah tinggi, tahap kolesterol tinggi dan kerintangan insulin.

Sindrom Metabolik meningkatkan risiko penyakit koronari arteri (CAD), melebihi apa yang disebabkan oleh lipoprotein kolesterol ketumpatan rendah (LDL) itu sendiri.

Perkara-perkara yang boleh membuatkan seseorang itu mendapat sindrom metabolik termasuklah:

1) Kerintangan insulin - Kerintangan insulin bermakna tubuh tidak dapat menggunakan insulin dengan sempurna.

2) Obesiti pada bahagian abdomen (perut) - Ini bermakna terlalu banyak lemak di sekeliling pinggang.



3) Usia - Peluang mendapat Sindrom Metabolik meningkat apabila seseorang itu semakin berusia.

4) Kurang Senaman - Jika tidak bersenam, anda lebih mudah menjadi obes dan mendapat Sindrom Metabolik.



5) Sejarah Keluarga - Memiliki ibu bapa atau saudara terdekat yang menghidap diabetes berkait rapat dengan Sindrom Metabolik.

6) Penambahan berat badan terutamanya di sekeliling pinggang.



7) Sejarah menghidap diabetes semasa kehamilan (diabetes gestasi).


Diagnosis

Diagnosis Sindrom Metabolik boleh dilakukan melalui pemeriksaan fizikal, sejarah perubatan dan beberapa ujian darah mudah. Anda mungkin didiagnosis menghidap sindrom metabolisme jika mempunyai faktor-faktor risiko yang disebutkan di bawah:

1) Obesiti abdomen (ukuran pinggang)
  • Lelaki: lebih daripada 40 inci (102 sentimeter)
  • Lelaki Asia: Lebih daripada 36 inci (90 sentimeter)
  • Wanita: Lebih daripada 35 inci (80 sentimeter)
  • Wanita Asia: Lebih daripada 32 inci (81 sentimeter)
2) Trigliserida 
  • 150 mg/dL atau lebih atau sudah mengambil ubatan
3) HDL:
  • Lelaki: kurang daripada 40 mg/dL atau mengambil ubat untuk kolesterol HDL rendah
  • Wanita: kurang daripada 50mg/dL untuk kolesterol HDL rendah
4) Tekanan darah tinggi
  • 130/85 mmHg atau lebih tinggi atau sudah mengambil ubat untuk tekanan darah tinggi 
5) Gula dalam darah ketika berpuasa
  • 100 mg/dL atau lebih tinggi, atau sudah mengambil ubat untuk mengawal gula dalam darag (kencing manis)

Rawatan dan Ubatan

Mengatasi satu daripada faktor-faktor risiko Sindrom Metabolik adalah sukar. Begitu juga untuk mengatasi kesemua faktor-faktor risiko sindrom ini. Tetapi perubahan gaya hidup dan ubatan boleh mengawal semua komponen Sindrom Metabolik.

Melakukan aktiviti fizikal dengan lebih kerap, mengurangkan berat badan dan berhenti merokok membantu mengurangkan tekanan darah dan memperbaiki tahap kolesterol dan paras gula dalam darah. 

1) Bersenam

Senaman perlu dilakukan lebih kurang 30 minit atau lebih, 3 kali seminggu. Senaman yang boleh dijalankan ialah seperti berjalan, berjalan pantas atau berjoging secara perlahan.

2) Kurangkan berat badan

Kurangkan 5-10 peratus berat badan boleh mengurangkan gula dan tekanan darah. 

3) Makan secara sihat

Hadkan makanan yang berlemak, berminyak dan tidak sihat. Tambahkan buah-buahan, sayur-sayuran, ikan, dan bijirin sepenuhnya.

4) Berhenti merokok

Merokok meningkatkan lagi kerintangan insulin dan memburukkan lagi keadaan kesihatan.

5) Susu Skim Stolle

Amalkan pengambilan sepaket Susu Skim Stolle setiap hari sangat bagus bagi mengurangkan dan memperbaiki masalah sindrom metabolik dan ianya terbukti berkesan dan sedap!

Susu Skim Stolle mengandungi 26 jenis antibodi yang bagus dalam mengurangkan kolesterol, gula dan tekanan darah serta penyakit-penyakit berkaitan yang lain.


"En.Shukri telah berjumpa dengan Stolle semasa Lanfar (M) Sdn. Bhd. membuka booth di Mydin Kubang Kerian, Kelantan. Beliau telah membuat pemeriksaan kesihatan dan mendapati semua bacaan untuk gula dalam darah, asid urik, tekanan darah dan kolesterol sangat tinggi. Beliau telah mencuba Susu Skim Stolle selama sebulan. Alhamdulillah beliau telah berjumpa dengan doktor dan mendapati semuanya kembali normal. Beliau juga telah berhenti mengambil beberapa ubat. Beliau kini masih mengamalkan Susu Skim Stolle setiap hari bagi mengekalkan kesihatan beliau".

No comments:

Post a Comment