Wednesday, October 16, 2013

Cara Selamat Ibu Menyusu Turunkan Berat Badan

Setiap manusia pastinya menginginkan tubuh yang sihat. Kata orang walau sebanyak mana pun wang dalam simpanan, ia masih belum mampu membeli kesihatan yang baik. Oleh itu, kesihatan sentiasa perlu dijaga untuk jaminan masa hadapan.



Bagi wanita yang baru melahirkan, kenaikan berat badan satu masalah yang cukup memeningkan. Manakan tidak, bayi perlu disusui, jadi mustahil untuk si ibu mengamalkan diet kerana ia boleh memudaratkan bayi.

Cara menurunkan berat badan dengan mengurangkan pengambilan kalori dalam makanan adalah perkara yang tidak sepatutnya dilakukan oleh ibu-ibu menyusu. Ini kerana ia dapat mempengaruhi pengeluaran mahupun kualiti susu ibu itu sendiri.

Bagi menjaga kuantiti dan kualiti susu tersebut maka ibu yang menyusu harus menambah pengambilan dalam sehari sekitar 300-500 kcal. Bagaimanapun, sekiranya si ibu masih ingin mencuba untuk menurunkan berat badan tetapi masih menyusukan bayi, terdapat beberapa cara selamat yang boleh dipraktikkan:

Bakar Kalori dengan Menyusukan Bayi

Berusahalah menyusukan bayi anda sehingga usianya 2 tahun. Jangan menganggap ia satu perkara yang menyusahkan kerana tubuh ibu yang menyusukan bayi berupaya menghasilkan hormon yang membantu menurunkan berat badan sekaligus mengembalikan bentuk tubuh secara semula jadi. Terdapat beberapa kajian mengatakan dengan menyusukan bayi, tubuh ibu berkenaan secara tidak langsung telah membakar 300-500 kcal sehari bersamaan dengan aktiviti berbasikal selama sejam!




Hati-hati dengan Makanan

Pilihlah jenis makanan yang banyak mengandungi sayur, buah-buahan, karbohidrat kompleks, lemak skim serta sumber protein. Sebagai contoh, susu rendah lemak, daging ayam tanpa kulit, ikan, telur, tauhu, tempe dan kekacang. Dengan mengambil makanan-makanan tersebut secara teratur, tidak mustahil anda mampu mendapatkan bentuk tubuh yang diinginkan serta kesihatan yang sempurna.



Susu Skim Stolle merupakan susu skim (sangat rendah lemak) yang sesuai bagi ibu yang menyusukan bayi. Kandungan antibodi yang terdapat di dalam susu ini juga dapat dipindahkan dari ibu kepada anak melalui penyusuan untuk mengukuhkan imuniti bayi kepada penyakit-penyakit. Antibodinya juga sesuai untuk bayi kerana ia adalah spesifik untuk manusia.




Jauhi Makanan Segera

Elakkan daripada mengambil makanan segera dan makanan yang telah disejuk bekukan. Makanlah makanan yang berkhasiat bagi memberikan khasiat yang optimum kepada bayi anda melalui penyusuan.

Lakukan Senaman Ringan

Sebaiknya setelah selesai menyusukan bayi maka lakukan sedikit senaman ringan bagi mengurangkan rasa tidak selesa di bahagian payu dara. Pada masa yang sama, gunakanlah pakaian dalam yang dikhususkan buat ibu-ibu menyusu. 

Mulakanlah dengan berjalan di kawasan sekitar, berbasikal atau berenang. Lakukanlah aktiviti-aktiviti tersebut seselesa mungkin. Jika anda berasa sakit di kawasan tertentu, maka dapatkanlah rawatan doktor dengan kadar segera!


No comments:

Post a Comment