Thursday, September 12, 2013

Hipertensi/ Tekanan Darah Tinggi: Pembunuh Senyap

Tekanan darah adalah tekanan pada darah dalam arteri semasa jantung mengepam darah ke seluruh tubuh. Tekanan darah tidak kekal sama pada setiap masa. Ia berubah mengikut keperluan tubuh. Ia terjejas melalui pelbagai faktor termasuklah kedudukan tubuh, pernafasan, tahap emosi, senaman dan tidur.


Jika tekanan darah kekal tinggi, ia boleh membawa kepada masalah-masalah yang lebih serius seperti serangan jantung, strok, kegagalan jantung atau penyakit buah pinggang. Terdapat dua ukuran bagi mengukur tekanan darah. Ia kebiasaannya diukur seperti berikut - 120/80 mmHg. Nombor di atas (120) menunjukkan bahawa tekanan ke atas pembuluh arteri akibat denyutan jantung. Manakala nombor di bawah (80) menunjukkan tekanan semasa jantung berehat di antara pengepaman.

Masa yang paling baik untuk mengukur tekanan darah adalah semasa anda dalam keadaan rehat dan dalam keadaan duduk atau baring. Kadar tekanan darah yang sentiasa lebih tinggi daripada kadar biasa/ normal untuk jangka masa yang lama perlulah berjumpa dengan doktor untuk rawatan selanjutnya. Kadar tekanan optima ialah 120/80 mmHg.

Jenis-jenis Darah Tinggi

a) Hipertensi Primer

Kebanyakan masyarakat kita mengalami hipertensi primer. Punca peningkatan tekanan darah adalah tidak diketahui. Akan tetapi, faktor-faktor risiko adalah:
  • Sejarah hipertensi dalam keluarga
  • Kegemukan
  • Pengambilan garam dan alkohol yang melampau
  • Merokok
  • Tekanan yang melampau
b) Hipertensi Sekunder

Peningkatan tekanan darah jenis ini adalah disebabkan oleh punca-punca atau penyakit-penyakit yang lain seperti:

  • Penyakit ginjal
  • Penyakit endokrin
  • Kesan ubat
  • Kecacatan kelahiran
  • Punca-punca lain

Komplikasi

Tekanan darah tinggi harus dipantau selalu dan dirawat. Jika tidak dikesan atau tidak dirawat dengan betul, ia boleh membawa kepada komplikasi-komplikasi seperti berikut:

  • Strok
  • Masalah jantung
  • Kegagalan jantung
  • Kerosakan buah pinggang
  • Kerosakan mata
Gejala

Anda harus berjumpa dengan doktor anda jika anda mengalami mana-mana atau semua yang berikut:

  • Tekanan diastolik melebihi 90 mmHg
  • Pembengkakan pada pergelangan kaki atau jari
  • Tercungap-cungap
  • Pandangan yang kabur
  • Pendarahan di hidung yang sering berulang
  • Sakit kepala yang berterusan
  • Pening
Rawatan

Rawatan serta-merta dan kerap dari seorang doktor adalah perlu dan terdapat pelbagai jenis ubat pada masa kini. Gaya hidup yang sihat perlulah diamalkan untuk seseorang itu menjalani kehidupan yang normal.

Apa yang perlu anda lakukan?

  • Baca label makanan dan pilih makanan yang rendah garam/ sodium
  • Kurangkan garam dalam penyediaan makanan
  • Dapatkan nasihat daripada doktor
  • Nikmati kehidupan yang normal dengan memantau dan mengawal tekanan darah tinggi


Elakkan

  • Makanan yang tinggi lemak dan garam
  • Merokok
  • Pengambilan alkohol
  • Kurang bersenam
  • Risau/ Tekanan

Untuk mengawal tekanan darah anda, cubalah Susu Skim Stolle untuk kesihatan yang sempurna! Ia baik untuk jantung dan menguatkan sistem imun badan. Hubungi kami di 03-61426618/ 010-2866398 sekarang!



No comments:

Post a Comment