Wednesday, September 11, 2013

5 Sebab Minum Air Putih Sebaik Bangun Tidur


Ramai daripada kita yang tidak suka/ kurang mengamalkan minum air putih dan lebih gemar meminum minuman manis seperti teh tarik, sirap, oren, kopi dan sebagainya. Tahukah anda bahawa pengambilan air putih yang banyak sangat baik kepada kesihatan kita?

Salah satu waktu yang paling baik untuk minum air putih adalah pada waktu pagi sebaik sahaja bangun daripada tidur. Ini adalah sebab-sebabnya:

1) Seimbangkan sistem buah pinggang

Tubuh memiliki air yang cukup dan terhidrasi akan memaksimumkan fungsi tubuh, seimbangkan cairan dan mencegah jangkitan.

2) Kulit lebih berseri

Minum air putih boleh membantu kita menyingkirkan toksin di dalam tubuh seterusnya menjadikan kulit lebih berseri. Bahkan, ia dapat membantu membersihkan toksin dalam darah.

3)  Melangsingkan tubuh

Cuba minum dua gelas air setiap kali bangun daripada tidur. Rajin-rajinlah minum air pada pagi hari dan boleh meningkatkan metabolisme tubuh sebanyak 24 peratus.

4) Menambah darah

Ketika anda berasa lesu, pening dan anemia, minumlah air dengan jumlah yang mencukupi. Ia membantu tubuh membentuk sel darah yang baru dan membantu pembentukan otot.

5) Membersihkan usus

Minum air ketika perut kosong membantu membersihkan usus dan membuatnya lebih mudah menyerap nutrisi makanan yang masuk kemudiannya.


No comments:

Post a Comment