Thursday, August 15, 2013

Kekal Anggun & Sihat Ketika Hamil

Ketika hamil, wanita mengalami begitu banyak perubahan. Selain hormon, bentuk fizikal dan emosi golongan ini juga berubah. Bentuk badan semakin berisi, kulit menjadi sensitif, dan mereka mengalami alahan atau mabuk. Ini antara dugaan yang dialami kaum Hawa ketika mengandung. Lantaran, tidak hairanlah wanita yang sebelum ini terkenal dengan gaya glamor dan vogue tampak kurang berketerampilan dan pucat ketika hamil.

Tiada lagi bibir yang merah menggoda, mata bersinar dan penampilan menawan. Sebaliknya, kebanyakan wanita kelihatan pucat, lemah dan kusam ketika hamil. Alasan mereka ialah pembawakan bayi.

Sebenarnya itu persepsi lapuk yang seharusnya ditinggalkan oleh wanita. Bak kata pepatah Inggeris, anda adalah apa yang anda fikirkan (you are what you think). Kuasa minda mempengaruhi tindakan dan perbuatan kita.

Lantaran itu, sebaik sahaja disahkan hamil, anda mestilah melatih dan merangsang minda berfikiran positif. Sematkan di dalam minda, walaupu hamil anda tetap wanita yang anggun dan menawan.


Selain itu, anda boleh mempraktikkan beberapa tip berikut. Percayalah, jika anda yakin dan berdisiplin, aura positif akan menyerlahkan kecantikan dan kredibiliti anda. Malah, jangan terkejut jika ada yang memuji anda lebih cantik ketika hamil!




BANYAKKAN MINUM AIR PUTIH

Elakkan minuman manis kerana ketika hamil anda berisiko mengalami masalah diabetes terutama bagi golongan yang mempunyai genetik penyakit tersebut. Sebaliknya, amalkan minum air putih 8 hingga 10 gelas sehari. Ia akan membuatkan kulit anda lembap dan bersinar.

KALSIUM MENCUKUPI

Bayi memerlukan kalsium yang mencukupi untuk tumbesarannya. Lantaran, anda mesti minum susu setiap hari. Bagi yang tidak gemar minum susu, anda boleh menggantikannya dengan pil kalsium hanya dengan nasihat doktor. Walau bagaimanapun digalakkan mendapatkan kalsium daripada sumber makanan asli seperti susu, kekacang, brokoli, kobis, bayam, kailan, tofu dan lain-lain lagi.

Cadangan Pengambilan Nutrien bagi kalsium untuk wanita mengandung ialah 1,000 mg sehari. Segelas Susu Skim Stolle memberikan anda 405 mg kalsium dan pengambilan sebanyak 2 gelas sehari, ditambah dengan pengambilan kalsium daripada sayur-sayuran adalah mencukupi bagi keperluan anda seharian!

AMBIL MAKANAN BERKHASIAT

Anda dan bayi memerlukan kesemua nutrien untuk sihat. Amalkan diet yang seimbang, pastikan tubuh mendapat khasiat yang mencukupi seperti vitamin, protein dan karbohidrat. Untuk mengelakkan rasa loya, jangan amalkan memakan asam atau jeruk sebaliknya gantikan dengan buah-buahan segar seperti limau dan belimbing.



SUPLEMEN KHAS

Ikut nasihat doktor dengan mengambil suplemen khas untuk ibu hamil sepeti asid folik. Manakala untuk ibu yang mengalami masalah anemia atau kurang darah, bolehlah mengambil pil zat besi/ iron.

SENAMAN/ RIADAH

Hamil bukan alasan untuk anda bermalasan, sebaliknya anda disarankan mengamalkan gaya hidup yang aktif. Pilih senaman yang sesuai dengan ibu hamil. Dalam masa yang sama, lakukan kerja rumah yang termampu. Bagi ibu hamil yang mengalami masalah seperti plasenta previa dapatkan nasihat doktor sebelum bersenam dan beriadah kerana aktiviti berat akan mengundang risiko seperti pendarahan. Bagi ibu-ibu yang biasa melakukan senaman sebelum mengandung, bersenam ketika mengandung tidak akan menyebabkan kemudaratan. 



SOLEKAN NIPIS

Usah biarkan wajah pucat seperti mayat, tidak perlu bersolek tebal cukup sekadar solekan nipis yang menyerlahkan kecantikan semula jadi anda. Anda masih boleh tampil berseri dengan sedikit sentuhan pemerah pipi dan pemakaian gincu bibir.

PERAWATAN WAJAH

Agar wajah tampil segar, anda boleh terus melakukan perawatan wajah di spa. Namun, jangan sesekali melakukan perawatan wajah menggunakan mesin kerana ia dikhuatiri memberi kesan sampingan kepada kesihatan anda dan bayi. Sebaiknya, pastikan produk yang digunakan adalah organik atau semula jadi!

URUTAN MELEGAKAN SAKIT BADAN

Tidak dinafikan, ketika hamil badan terasa lesu dan letih. Malah ramai ibu hamil yang mengadu badan mereka sering berasa sakit dan lemau. Tidak salah untuk anda melakukan urutan khas ibu hamil. Namun pastikan tukang urut profesional dan urutan dilakukan secara sederhana. Urutan akan membuatkan tubuh dan minda anda relaks serta tenang.

REHAT YANG CUKUP

Pastikan tubuh mendapat rehat dan tidur yang cukup agar anda bertenaga untuk memulakan hari esok. Jangan sesekali memaksa diri jika anda berasa penat atau tidak mampu melakukannya. Beri ruang untuk diri anda berehat dan laksanakan tugasan secara perlahan.

MANDIAN TERAPI

Sesetengah wanita hamil mengalami tekanan/ stres. Cubalah mandian terapi seperti mandi bunga dan sebagainya bagi memberikan ketenangan kepada minda dan tubuh.

PENJAGAAN GIGI

Ramai wanita yang mengambil mudah penjagaan gigi. Seharusnya, lakukan pemeriksaan gigi sepanjang kehamilan bagi memastikan gigi anda berada dalam keadaan terbaik. Anda juga boleh mencuba Ubat Gigi Stolle WPC. Ia merupakan satu-satunya ubat gigi di dunia yang mempunyai antibodi untuk menguat dan menyihatkan gigi. Ia juga dapat merawat pelbagai masalah berkaitan dengan gigi dan gusi serta memutihkan gigi. Antara kebaikan ubat gigi ini ialah:

  • Mencegah pembentukan plak dan kerosakan gigi
  • Menghalang pertumbuhan bakteria pada gigi
  • Menguat dan memutihkan gigi
  • Mencegah dan mengurangkan punca masalah mulut berbau
  • Mengurangkan masalah radang/ sakit gigi atau gusi
  • Mengurangkan masalah ulser
  • Mengurangkan masalah gigi berdarah
Oleh itu, hubungilah Pakar Pemakanan kami bagi mendapatkan nasihat tentang kehamilan atau mencuba produk terbaik kami kerana Susu Skim Stolle dapat menguatkan sistem imun anda dan bayi anda bagi mencegah pelbagai penyakit ketika kehamilan. Selain itu, nutrien hebat yang terdapat di dalam susu ini juga cukup bagi keperluan ibu hamil (kalsium, vitamin, zat besi, folate, zink, iodin, magnesium, karbohidrat, protein dan lain-lain lagi).


Hubungi kami di 03-61426618/ 010-2866398 sekarang!








Wednesday, August 14, 2013

Makanan Yang Sesuai Selepas Bersenam


Soal bersarapan dahulu sebelum bersenam sudah selesai. Jika anda belum membaca artikel tersebut, sila klik di sini.

Bagaimana pula dengan pilihan makanan yang terbaik selepas bersenam? Kebanyakan daripada kita akan bersarapan di warung-warung bagi menikmati nasi lemak, roti canai, kuih-muih dan sebagainya sebaik sahaja selesai bersenam.



Disarankan agar anda tetap memilih makanan yang sihat bagi memaksimumkan manfaat senaman yang telah dilakukan. Seterusnya, pilih makanan yang sesuai bagi mengelakkan rasa tidak selesa ketika bersenam. Kebiasaannya, setelah selesai bersenam kita akan mengalami masalah kekejangan otot dan lenguh-lenguh badan.

Elakkan daripada mengambil ubat-ubatan bagi mengatasi masalah kekejangan dan lenguh-lenguh badan. Sebaliknya, amalkan beberapa jenis makanan berikut sebagai langkah pemulihan setelah bersenam. Ikuti panduan ini:

  • Halia merupakan salah satu jenis makanan yang mengalami banyak khasiat. Ia bukan sahaja dapat menghilangkan angin yang masuk ke dalam tubuh tetapi juga berkhasiat untuk mengurangkan rasa kaku dan kejang pada otot setelah berlari.
  • Jus tomato juga memainkan peranan penting dalam penyembuhan kecederaan yang disebabkan oleh bersenam terutamanya aktiviti berbasikal. Biasanya ia mudah berlaku apabila kita berbasikal terlalu lama. Kandungan likopen di dalam tomato boleh menyembuhkan jaringan kecederaan agar sembuh lebih cepat. Ambil satu auns tomato selama seminggu bagi penyembuhan.
  • Protein yang terkandung di dalam yogurt mempercepatkan pemulihan otot setelah bersenam. Penyelidikan di Medicine and Science in Sport and Exercise mendapati bahawa sesiapa yang mengambil protein setelah bersenam akan mengalami pemulihan otot yang lebih cepat . Mengambil tiga auns sayuran hijau yang mengandungi nutrisi seperti beta karoten dan vitamin E sebelum bersenam selama lapan minggu berturut-turut juga boleh membantu mengurangkan risiko kecederaan otot akibat bersenam.
  • Jus ceri kaya dengan kandungan polyphenol, iaitu flavonoid dan anthyocyanins yang diketahui mampu mengurangkan radang. Atlet yang mengambil jus ceri selama 7 hari sebelum dan 2 hari selepas bersenam, oto mereka didapati pulih dengan lebih cepat.
  • Susu Skim Stolle bagus untuk sesiapa yang aktif bersukan/ atlet kerana ia terbukti dapat mengurangkan kesakitan/ keradangan akibat senaman yang berterusan. Ia juga dapat meningkatkan prestasi kardiovaskular, oleh itu stamina juga akan meningkat. Sebagai sebahagian daripada penyelidikan meluas saintifik, SMBI menjalankan kajian klinikal/ double-blind terhadap 18 pelari marathon. Pelari diberikan Susu Skim Stolle selama 6 bulan dan prestasi mereka dipantau sepanjang kajian tersebut. Hasil kajian menunjukkan bahawa tempoh masa pemulihan (hari antara latihan atau perlumbaan) meningkat dengan ketara bagi atlet yang mengamalkan Susu Skim Stolle berbanding dengan kumpulan kawalan. Di samping itu, peratusan lemak dalam badan dalam tempoh 6 bulan itu juga diukur, dan hasilnya mendapati bahawa peratusan lemak bagi atlet yang mengambil Susu Skim Stolle menurun dengan ketara.


Cubalah Susu Skim Stolle hari ini bagi kebaikan sistem imun dan ketahanan anda!
Hubungi kami di 03-61426618/ 010-2866398

Mana satu ni??? Sarapan dahulu atau bersenam dahulu??

Mana dahulu, sarapan atau senaman? Persolan ini mungkin tidak asing kepada mereka yang selalu bersenam seperti saya :) 

Ada yang berpendapat lebih baik bersenam dahulu supaya tidak terganggu akibat perut yang penuh semasa bersenam. Namun tidak kurang pula yang mengatakan bahawa bersarapan terlebih dahulu agar bertenaga untuk memulakan rutin senaman, sekaligus dapat membakar kalori makanan yang dimakan.


Jadi, apakah turutan yang betul, bersenam atau bersarapan dahulu? Menurut kajian yang dilakukan di Universiti Glasgow, United Kingdom, bersenam sebelum bersarapan sebenarnya berupaya membantu seseorang yang sedang dalam usaha menurunkan berat badan.

Para penyelidik menyatakan bahawa bersenam sebelum bersarapan bukan sahaja dapat membantu tubuh lebih cepat membakar kalori namun aktiviti tersebut juga boleh menurunkan risiko pengumpulan lemak di pembuluh darah.

Dr. Jason Gill, salah seorang daripada kumpulan penyelidik tersebut mengatakan bahawa bersenam sememangnya bagus. Tetapi adalah lebih bagus sekiranya ini dilakukan sebelum bersarapan. Ini kerana tubuh akan bergantung kepada penghasilan tenaga dari lemak yang tersimpan di dalam tubuh dari malam sebelumnya.

Seramai 10 orang responden lelaki telah dipilih menyertai kajian tersebut bagi menguji keberkesanan senaman yang dilakukan sebelum bersarapan. Dalam kajina tersebut, kesemua responden diminta untuk menikmati sarapan pada hari pertama kajian tanpa melakukan senaman. Pada hari kedua, mereka bersenam dahulu dan diikuti dengan sarapan. Manakala pada hari ketiga, mereka bersarapan dan kemudian bersenam.

Hasil kajian mendapati bahawa mereka banyak membakar kalori pada hari kedua iaitu sebanyak 33% berbanding hari ketiga.

Namun, konsistensi dalam melakukan senaman adalah diperlukan bagi menurunkan berat badan. Walau bagaimanapun, sebagai seorang Pakar Pemakanan, saya lebih menasihatkan semua orang untuk mengambil sedikit sarapan pada kuantiti yang sedikit sebelum melakukan senaman. Ini kerana, apabila kita bangun pagi, paras gula di dalam badan adalah sangat rendah. Sekiranya kita terus melakukan senaman, kita mungkin akan mengalami pitam, penat dan pening.

Jadi, bangunlah awal sedikit (1-2 jam sebelum bersenam) dan ambillah sedikit makanan untuk mengalas perut. antara makanan yang sesuai diambil sebelum bersenam adalah:

  • Roti mil penuh (wholemeal bread)
  • Bijirin penuh (wholemeal cereals)
  • Susu rendah lemak atau susu skim; yang terbaik ialah Susu Skim Stolle
  • Jus buah-buahan/ Smoothies (boleh dicampur dengan Susu Skim Stolle)
  • Pisang
Pastikan mengambil dalam kuantiti yang sedikit. Jika ingin mengambil sarapan yang berat, ambillah 3-4 jam sebelum bersenam! Bangunlah awal sedikit ye!

Diharap artikel ini dapat membantu menjawab segala kemusykilan anda. Tinggalkan komen di bawah untuk sebarang pertanyaan.



Masalah Intoleransi Laktosa


Susu mengandungi nutrisi penting untuk pertumbuhan tubuh, tulang dan gigi yang kuat. Selain mengandungi karbohidrat, protein, lemak, mineral dan juga vitamin, susu juga mengandungi laktosa yang merupakan satu-satunya karbohidrat dalam susu.


Sebelum laktosa diserap oleh dinding usus, laktosa dalam susu perlu diubah menjadi glukosa dan galaktosa terlebih dahulu agar ia mampu memasuki peredaran darah. Dalam proses tersebut, enzim laktase yang terdapat dalam usus diperlukan. Namun, terdapat sebilangan orang yang tubuhnya mungkin tidak mampu untuk memproses dengan baik (kurang enzim laktase) sehingga menyebabkan keadaan yang dikenali sebagai intoleransi laktosa.

Intoleransi laktoa merupakan keadaan yang berlaku akibat laktosa tidak mampu dipecahkan menjadi glukosa dan galaktosa yang akhirnya menimbulkan masalah seperti sakit perut, mual, muntah, kembung ataupun lebih buruk, cirit-birit.

Melalui kajian yang dilakukan di United Kingdom, nisbah 1:5 orang mengalami masalah dengan minum susu. Mereka mengeluh sakit perut setelah minum susu dan keadaan ini dikenali sebagai intoleransi laktosa.

Susu Stolle Essential merupakan susu yang telah disaring laktosan dan protein penyebab masalah intoleransi laktosa. Ia dapat membantu mereka yang didiagnos alergi dengan susu bagi mengatasi masalah intoleransi laktosa. Ia adalah pilihan terbaik kerana ia dihasilkan secara semulajadi, praktikal dan menyihatkan bagi mereka yang sebelum ini terpaksa menghindari susu bagi mengelakkan masalah intoleransi laktosa.

Susu Stolle Essential juga sesuai untuk golongan yang mengalami kencing manis yang serius, masalah buah pinggang dan gout yang serius. Antibodi di dalam susu ini juga mampu meningkatkan imuniti seseorang bagi mencegah dan melawan penyakit-penyakit.

Hubungi kami bagi mendapatkan keterangan lanjut mengenai Susu Stolle Essential: 
03-61426618/ 010-2866398


Tips Cegah Penyakit



Apabila menginjak usia 30 tahun ke atas, tubuh badan masih di tahap aktif dan produktif. Namun jika pola hidup dan pemakanan sejak di usia muda sehingga ke tahap usia 30 tahun adalah tidak sihat, anda mungkin akan mengundang pelbagai penyakit berbahaya seperti penyakit jantung.

Jadi, sebelum anda menyesal di kemudian hari, sebaiknya sejak dari awal amalkan gaya hidup sihat serta pemakanan yang baik. Pun begitu, masih belum terlambat untuk anda mula mengubah gaya hidup yang sihat.

Mencegah adalah lebih baik dari mengubati. Ikut tip yang boleh anda jadikan panduan bagi menjaga kesihatan anda.

Berusaha untuk mengurangi ketegangan dalam pelbagai aspek, baik di tempat kerja mahupun di dalam rumah. Semakin anda relaks, semakin mudah tubuh anda mengatasi kadar tekanan. Berdasarkan kajian, senaman merupakan antara salah satu cara yang mampu membantu mengurangkan perasaan tidak selesa yang dialami, terutamanya stres. Jadi, jangan tunggu lagi. Marilah melakukan senaman!

  • Bersenam secara teratur bukan sahaja membuatkan tubuh anda menjadi cergas, sihat dan bermaya, terutama kepada anda yang berada di lingkungan usia 30 tahun ke atas. Tidak perlu intensiti senaman yang berlebihan. Cukup sekadar 15 hingga 30 minit sesi senaman setiap hari untuk kesihatan jantung anda.
  • Cuba hindari makanan yang tidak sihat seperti makanan yang tinggi kalori. Makanan sebegini boleh meningkatkan kadar kolesterol dalam tubuh, seterusnya menjadi penyebab sakit jantung dan penyakit lain.
  • Tidur kurang daripada 5 jam setiap hari boleh mengakibatkan risiko strok atau serangan jantung. Sebaiknya, pastikan anda dapatkan tidur nyenyak yang mencukupi dan kekalkan waktu tidur yang tetap setiap hari.
  • Sarapan amat penting untuk memulakan hari anda. Jangan sesekali abaikan atau melewatkan sarapan anda. Sarapan yang sihat akan memberikan kebaikan tubuh untuk kekal aktif sehingga tiba waktu makan tengahari. Perkayakan sarapan anda dengan pengambilan vitamin dan juga mineral yang boleh didapati di dalam buah-buahan dan sayur-sayuran.
  • Paling penting, batasi pengambilan gula dan garam seharian anda. Makan makanan yang manis boleh meningkatkan kolesterol serta kadar trigliserida manakala makanan yang mempunyai kandungan tinggi garam pula boleh menyebabkan tekanan darah tinggi pula.
  • Amalkan pengambilan Susu Skim Stolle segelas setiap hari bagi kebaikan sistem imun serta mencegah penyakit-penyakit berbahaya seperti sakit jantung, darah tinggi, kencing manis, gout, strok, masalah buah pinggang dan lain-lain. Susu Skim Stolle mengandungi 26 antibodi tertentu bagi melawan pelbagai penyakit dalam badan.


Cubalah Susu Skim Stolle hari ini bagi kebaikan sistem imun anda!
Hubungi kami di 03-61426618/ 010-2866398





Can Dairy Milk Be Consumed?


There are many controversial issues in food industry and dairy milk is one of them. Many claims that dairy milk can lead to calcium deficiency, increase breast cancer risk, acidify body and so forth. With such a wide range of claims, it is no wonder most people are confused about should we continue to consume dairy milk? With the increasing advancement of medicine and technology, milk controversy has gradually become clear. The source of this controversy lies not on milk, but rather on human factors.

HUMAN FACTOR 1: ARTIFICIAL ADDITIVES

Some dairy farmers may use high protein fodder to feed the cow as well as injecting antibiotics and growth hormones to enhance the health of the cows and to increase milk productions. Injection of antibiotic has been approved by the government to treat the unhealthy cows. However, the unhealthy cows can not be milked after the injection for 3-4 days as the antibiotic residues may move from blood into the milk. Without strict inspection, this contaminated milk will be sold to the market. High intake of such milk will increase the risk of developing prostate cancer and breast cancer as well as sexual immaturity among children.

HUMAN FACTOR 2: EXCESSIVE PROTEIN INTAKE

Protein is the basic building block of life. Every single cell in our body needs protein, in other words life can not be sustained without protein. For a healthy adult, 0.8-1.0 grams of protein is needed for each kilogram of body weight. If an adult weighs 60 kgs, daily protein intake will be 48-60 grams. Imbalance protein intake will lead to health crisis. Protein deficiency delays growth among children, decreases metabolic rate and reduces immunity. Long term protein deficiency can even damage the organs. Whereas excessive protein intake may cause acidic body, accelerate calcium loss, burden kidneys and even cause death. There are many food containing protein such as dairy products, meat, poultry, eggs. seafood, beans and nuts. Thus, milk is not the only protein source from our daily diet!

Please be fair to dairy milk and do not put unnecessary accusation on it. It lis one of the most ancient drinks which contains most of the nutrients. To gain health, one can consume dairy milk from safe and reliable source to get the healthy balanced diet.

Stolle Skim Milk Powder is manufactured in New Zealand, one of the cleanest countries in the world that is known with its dairy farming and strict specifications in dairy industry. Hormones and antibiotic residues are not allowed by legislation. Stolle Skim Milk Powder passes through strict quality control before enetering the market. Therefore, it is absolutely a reliable source of protein. It can regulate immune system and protect us from diseases.

Try and drink Stolle Skim Milk Powder today to obtain great health!!




Tuesday, August 13, 2013

Nutrition Therapy for Diabetes Mellitus

There is no cure for Diabetes Mellitus, but it can be controlled through nutrition therapy. Research showed that there is significant improvements in medical and clinical outcome after nutrition therapy initiation.

1. Weight loss of 5-10% of initial body weight over a 6 month period is recommended for all overweight or obese diabetic patients. This can be achieved by reducing calorie diet (20-25 kcal/kg body weight) and increasing physical activity (at least 150 min/week). 




2. Meal timings should be regular (avoid skipping meals) and synchronised with medication time actions.






3. Diet consist of appropriate calorie intake, 50-60% energy from carbohydrate, 15-20% energy from protein and 25-30% energy from fats are encouraged.


4. Total carbohydrate intake should be consistent and evenly distributed throughout the day which includes 3 main meals with 1 or 2 snacks in between. Food containing carbohydrate consists of cereal and flour-based products, starchy vegetables (potato, corn, pumpkin, water chestnut, yam and sweet potato), beans and legumes, fruits and dairy products.



5. A high fiber diet (20-30 g fiber a day or 5-7 servings a day) consisting of vegetables, fruits, legumes and whole grain products (brown rice, whole meal bread, whole meal biscuit and oat) is encouraged. Fiber helps to control blood glucose and cholesterol, provide satiety and reduce constipation.


6. Individual with diabetes should limit intake of saturated fatty acids (animal fats, skin of poultry, fatty meats, full cream dairy products and coconut milk), trans fatty acids and cholesterol to reduce risk of cardiovascular disease.



7. Individuals with diabetes are encouraged to test pre- and 2 hour post-postprandial glucose in order to evaluate and achieve postprandial goals with a variety of foods.



8. Lanfar (M) Sdn Bhd recommends Stolle Skim Milk Powder and/ or Stolle Essential for diabetic patients. Both products contain 26 specific types of antibody to modulate their immunity as diabetic patients are prone to infections. Since diabetic can lead to cardiovascular complications, Stolle Skim Milk Powder and Stolle Essential have anti-atherosclerosis factor to reduce LDL cholesterol and maintain HDL cholesterol. Another good product is CurVits with its curcumin purity up to 99% which can help to fight inflammation and so called oxidative damage to body cells which commonly happen among diabetic patients. Contact us for the prescription today!