Kadar kolesterol yang tinggi merupakan salah satu penyebab masalah penyakit kardiovaskular seperti strok dan lain-lain. Selain menjadi punca penyakit itu, kolesterol berlebihan juga boleh menyebabkan saluran darah tersumbat dan kegemukan. Jadi, bagi menjaga kadar kolesterol yang normal, amalkan langkah-langkah berikut:
DIET SIHAT
Pengambilan makanan berlemak dan berminyak menjadi salah satu penyebab bertambahnya kadar kolesterol dalam darah. Oleh itu, kurangkanlah pengambilan makanan penyebab kolesterol tinggi seperti daging merah, mentega, keju dan kuih-muih yang manis.
KURANGKAN BERAT BADAN
Obesiti meninggikan risiko peningkatan kolesterol dalam darah. Berat badan berlebihan akan meningkatkan trigliserida yang akhirnya akan menyebabkan penyumbatan salur darah. Jadi, kurangkanlah berat badan dengan bersenam sekurang-kurangnya 30 minit setiap hari. Senaman ringan sudah memadai seperti berjalan kaki, berbasikal atau berjoging.
RINGAN TULANG
Orang yang rajin dapat bakar kalori dengan lebih banyak kerana orang yang rajin tidak betah duduk diam hanya menonton tv sambil berbaring atau makan semata-mata sepanjang hari. Mereka yang kurang rajin a.k.a. malas berisiko tinggi untuk mendapat kadar kolesterol yang tinggi. Hidup aktif dapat menurunkan trigliserida dan membantu anda menjaga berat badan.
HINDARI ROKOK
Merokok juga meningkatkan risiko untuk mendapat kolesterol tinggi kerana merokok akan mengurangkan jumlah kadar kolesterol yang tidak baik di dalam badan. Jadi, bagi sesiapa yang sudah mempunyai kadar kolesterol yang tinggi, jauhilah daripada merokok dan anda akan terkejut dengan hasilnya selepas beberapa minggu!
AWASI WAKTU RISIKO TINGGI
Waktu risiko tinggi bagi wanita adalah setelah menopaus. Biasanya wanita menopaus memiliki kadar kolesterol yang tinggi berbanding lelaki. Oleh itu, sekiranya anda di kalangan yang telah menopaus, jaga pola pemakanan yang sihat serta amalkan gaya hidup sihat. Jangan lupa untuk bersenam juga!
HATI-HATI DALAM PENGGUNAAN UBAT
Beberapa ubatan boleh meningkatkan paras trigliserida dalam darah. Jadi, sebelum anda mengambil ubat-ubatan yang anda tidak pasti kesannya terhadap kesihatan tubuh badan, pastikan anda mendapatkan nasihat daripada doktor terlebih dahulu.
ELAK STRES
Jika anda stres, pastikan anda cuba mengawalnya dengan cara yang baik. Sesetengah orang mencari keselesaan atau mengatasi tekanan dengan cara memakan makanan yang berlemak, manis dan berkalori tinggi. Oleh itu, jagalah pemakanan anda walau apa cara sekalipun dan elakkan stres yang berpanjangan kerana ia boleh meningkatkan kadar kolesterol anda.
PEKA KESIHATAN BADAN
Penyakit tertentu seperti diabetes dan hipertiroidisme akan menambahkan kadar kolesterol dalam badan. Untuk itu, lakukan pemeriksaan kesihatan secara teratur untuk menjaga kadar kolesterol anda!
AMBIL SEGELAS SUSU SKIM STOLLE SETIAP HARI
26 jenis antibodi tertentu yang terdapat di dalam Susu Skim Stolle boleh meneutralkan secara langsung 26 jenis bakteria pembawa penyakit yang terdapat di dalam perut dan usus manusia. Ia mampu menukar spesies dan bakteria di dalam usus agar mempertingkatkan tahap kealkalian usus. Ia turut merangsang proses metabolisme kebanyakan asid kolik kepada garam hempedu tidak larut dan seterusnya dikumuh melalui najis. Proses ini menggalakkan perkumuhan kolesterol berlebihan dan mengurangkan perkumuhan lemak.
Faktor anti sklerosis yang terdapat di dalam Susu Skim Stolle bukan sahaja boleh mengurangkan jumlah kandungan lipoprotein densiti rendah (kolesterol jahat), ia turut mngekalkan tahap lipoprotein densiti tinggi (kolesterol baik) di dalam darah, justeru mengurangkan risiko dijangkiti penyakit aterosklerosis seperti strok, sakit jantung dan tekanan darah tinggi.
Susu Skim Stolle boleh merendahkan risiko mendapat penyakit aterosklerosis dengan mengurangkan/ membersihkan pengumpulan lemak dan kolesterol berbahaya di dalam darah.
Cubalah Susu Skim Stolle hari ini bagi kebaikan sistem imun anda!
Hubungi kami di 03-61426618/ 010-2866398
No comments:
Post a Comment