Sendi yang sihat amat penting untuk memastikan anda bergerak dan beribadat dengan mudah. Oleh itu amat penting bagi anda untuk mengetahui cara-cara bagaimana untuk memastikan bahagian ini sihat dan mampu memberi khidmat terbaik untuk anda. Berikut antara yang perlu anda amalkan:
1) Bergerak
Pastikan sendi anda sihat dengan menggerakkannya. Lebih banyak anda bergerak, maka makin kurang rasa kaku pada sendi. Sama ada anda membaca, bekerja atau menonton televisyen, kerap ubah kedudukan anda. Berehatlah daripada kerja dengan bangun daripada tempat duduk anda dan bergerak di kawasan sekitar.
2) Lindungi Tubuh
Kecederaan boleh merosakkan sendi. Oleh itu lindungilah sendi sepanjang masa. Pakai alat perlindungan seperti pelindung siku dan lutut apabila melakukan aktiviti berisiko tinggi. Jika sendi anda sudah mula merasa sakit, pertimbangkan untuk memakai alat penyokong semasa bermain atau melakukan aktiviti sukan.
3) Kurangkan Berat Badan
Cara ini boleh mengurangkan tekanan pada pinggul, lutut dan belakang. Penambahan berat badan menambah beban pada sendi dan meningkatkan risiko kerosakan rawan. Sedikit pengurangan berat badan sudah mampu membantu.
4) Senaman Impak Ringan
Untuk melindungi sendi, pilihan yang baik adalah senaman impak ringan seperti berjalan, berbasikal dan berenang. Ini kerana senaman impak besar boleh meningkatkan risiko kecederaan sendi dan boleh memperlahankan kerosakan rawan. Senaman angkat berat yang ringan juga perlu dimasukkan. Tetapi jika anda menghidap arthritis, berbincanglah dengan doktor terlebih dahulu sebelum memilih senaman.
5) Kuatkan Otot Keliling Sendi
Otot yang kuat di sekeliling sendi bermakna kurang tekanan pada sendi-sendi tersebut. Penyelidikan menunujukkan bahawa otot paha yang lemah meningkatkan risiko untuk mendapat osteoarthritis. Malah sedikit peningkatan dalam kekuatan otot boleh mengurangkan risiko tersebut. Elakkan pergerakan berulang-ulang dan cepat pada sendi yang terlibat.
6) Kuatkan Teras
Bagaimana perut kuat mampu melindungi sendi? Perut dan otot belakang yang kuat mampu membantu melalui keseimbangan. Lebih banyak keseimbangan maka makin kurang kerosakan pada sendi apabila terjatuh atau cedera. Oleh itu masukkan senaman menguatkan teras dalam rutin senaman anda.
7) Kuatkan Limit Sendi
Adalah normal untuk mengalami sakit otot selepas bersenam. Tetapi jika sakit berlanjutan melebihi 48 jam, anda mungkin terlebih memberi tekanan pada sendi. Jangan bersenam berlebihan pada masa akan datang. Bersenam ketika sakit mungkin membawa kepada kecederaan atau kerosakan.
8) Makan Ikan
Jika anda mengalami sakit sendi akibat rheumatoid arthritis, makan lebih banyak ikan. Ikan seperti salmon dan mackerel adalah sumber asid lemak omega-3 yang banyak. Omega-3 mampu membantu memastikan sendi sihat dan juga mengurangkan keradangan, penyebab sakit sendi dan rasa sakit pada penghidap rheumatoid arthritis.
9) Minum SUSU
Kalsium dan vitamin D membantu memastikan tulang kuat. Tulang yang kuat memastikan anda berdiri dan mencegah kejatuhan serta kerosakan sendi. Produk tenusu adalah sumber terbaik kalsium. Pilihan lain adalah sayuran hijau seperti brokoli. Jika anda tidak mendapat kalsium sepenuhnya dalam diet, berbincanglah dengan doktor mengenai makanan tambahan.
10) Lindungi Sendi dengan Postur yang Baik
Berdiri dan duduk dengan tegak. Postur baik melindungi sendi anda daripada leher sehinggalah lutut. Cara mudah untuk memperbaiki postur adalah dengan berjalan. Lebih laju anda berjalan, lebih kuat otot anda bekerja untuk memastikan anda tegak. Berenang juga boleh membantu memperbaiki postur.
11) Berhati-hati Mengangkat dan Membawa Barang
Bawa beg pada lengan dan biarkan otot besar dan sendi anda menyokong berat
12) Gunakan Ais
Ais adalah pelega kesakitan semula jadi. Ia mangurang dan membantu melegakan pembengkakan. Jika sakit sendi, letak tuaman sejuk atau ais yang dibalut dalam tuala. Biarkan lebih kurang 20 minit setiap kali digunakan. Selain itu anda boleh menggunakan sayuran sejuk beku yang dibalut dalam tuala. Jangan sesekali letakkan ais secara terus pada kulit.
P/S: Jika anda mengalami kecederaan sendi, segera berjumpa dengan doktor bagi mendapatkan rawatan. Kemudian ambil langkah bagi mengelakkan lebih banyak kerosakan. Anda mungkin perlu mengelak aktiviti yang boleh menyebabkan penggunaan sendi yang berlebihan.
Anda juga boleh mengambil Susu Tepung Skim Stolle yang kaya dengan kalsium dan Vitamin D. Ia juga mengandungi antibodi bagi menguatkan sistem ketahanan dan kekuatan badan. Susu Tepung Skim Stolle juga mengandungi faktor anti-keradangan semulajadi tanpa kesan sampingan. Ia mampu melegakan gejala yang disebabkan oleh pelbagai jenis penyakit radang seperti "kemerahan, bengkak, panas dan kesakitan".
Pusat Penyelidikan Stolle di Amerika Syarikat dan New Zealand mendapati bahawa Susu Tepung Skim Stolle mampu mengurangkan gejala radang disebabkan oleh penyakit arthritis. Kajian menunjukkan bahawa pengambilan Susu Tepung Skim Stolle setiap hari dapat membantu mengurangkan sakit sendi, bengkak dan kaku sendi pada waktu pagi.
Cubalah Susu Skim Stolle hari ini bagi kebaikan sistem imun anda!
Hubungi kami di 03-61426618/ 010-2866398